Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 2 August 2018

5 apartment di Port Dickson yang terletak di tepi pantai dan ada kolam renang

Kebetulan saya baru balik bercuti di Port Dickson bersama keluarga dan tempat penginapan kami ialah di apartment.

Rasanya elok saya kongsikan senarai apartment yang terdapat di Port Dickson,
yang sangat sesuai untuk percutian keluarga.

Sepanjang saya berada di Port Dickson tempohari memang lalu lalang banyak kali depan property yang menawarkan penginapan jenis apartment.

Maklumlah, Port Dickson sangat terkenal sebagai tempat peranginan dalam kalangan penduduk Pantai Barat.

Di Port Dickson juga  banyak pantai yang cantik dan selamat untuk mandi manda.

Saya senaraikan beberapa jenis resort yang menyediakan penginapan jenis apartment dan mempuyai kolam renang.

The Regency Tanjung Tuan Beach Resort

Di sini ada penginapan jenis apartment 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik.

Saya juga berpeluang menginap di sini beberapa minggu lepas dan berpuas hati kerana keselesaan, kebersihan dan pemandangan indah berhadapan apartment.

Penginapan ini dijaga dengan baik oleh pihak pengurusan mereka di mana kita boleh nampak pokok-pokok yang dijaga dengan rapi, rumput dipotong pendek dan kemas.

Persekitaran juga bersih, kurang sampah sarap bertaburan.

Saya sarankan untuk yang sedang mencari penginapan yang boleh memuatkan anggota keluarga yang ramai, The Regency Tanjung Tuan Beach Resort adalah pilihan yang tepat.

Semua bilik atau apartment mengadap pantai.

Anda buka saja langsir dan pintu sliding, terus nampak laut depan mata.

Memang syok.



Apartment Port Dickson tepi pantai ada kolam renang


 Untuk tempahan klik link ini The Regency Tanjung Tuan Port Dickson



Glory Beach Resort

Resort ini juga menyediakan penginapan jenis apartment. 

Sangat sesuai untuk percutian keluarga. 

Yang unik di resort ini ialah mereka juga menyediakan sarapan pagi percuma untuk tetamu yang bermalam di situ, 

tetapi tertakluk hanya kepada penginapan yang diuruskan oleh pengurusan hotel, bukan persendirian.

 Pantai yang terletak berhadapan resort dikatakan pantai yang cantik. 


Dalam kawasan resort ada pusat pemuliharaan penyu yang boleh dilawati. 

Anak-anak pasti menyukai aktiviti melihat penyu tersebut.




Apartment Port Dickson tepi pantai yang ada kolam renang



Atau tempah di Tripdotcom di sini Glory Beach Resort


Villea Port Dickson







Satu lagi resort yang menyediakan penginapan jenis apartment.

Resort ini juga terletak di tepi pantai.

Selain itu, terdapat juga kolam renang untuk anda dan anak-anak mandi manda.

Apartment yang ada di sini mempunyai kediaman dengan 3 bilik
serta sarapan percuma untuk 6 orang.

Untuk tempahan, klik link ini >>PBN Ilham Port Dickson<<



Bayu Beach Resort

Bayu Beach Resort terletak tak jauh dari Regency Tanjung Tuan.

Semasa percutian kami di Port Dickson tempohari, saya lihat ramai juga yang menginap di Bayu Beach Resort.

Bayu Beach Resort mempunyai rumah dengan 1 bilik tidur, rumah dengan dua bilik tidur dan rumah dengan 3 bilik tidur.



Anda boleh buat tempahan di link ini >>Bayu Beach Resort<<


Ancasa Residences Hotel and Resorts

Satu lagi apartment di Port Dickson yang terletak di tepi pantai dan mempunyai kolam renang.





Untuk tempahan klik sini Ancasa Residences Port Dickson


No comments:

Post a Comment