Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 10 August 2018

Jalan-jalan sekitar Jonker Walk Melaka

Jalan-jalan sekitar Jonker Walk. Jonker Walk merupakan salah satu lokasi terkenal tarikan pelancong di Melaka. Terletak di Jalan Hang Jebat. Ia dikenali juga sebagai Jonker Street. Apa yang menarik di Jonker Walk ialah , suasana di sekitarnya yang masih mengekalkan bangunan-bangunan lama zaman penjajahan British iaitu bangunan kedai lama bercirikan kaum baba nyonya  yang masih dikekalkan dalam keadaan asal.

anda akan jumpa landmark ini bila mula nak masuk ke kawasan Jonker Walk

Bangunan-bangunan lama di sini kebanyakannya dijadikan premis kedai, hotel atau guesthouse, restoran dan gallery. 



Nak pergi ke Jonker Walk sangat mudah. Landmark yang paling mudah ialah bangunan Stadhuys. Kawasan Jonker Walk hanya seberang jalan dari Stadhuys. 




Waktu malam kawasan  ini ditutup kepada kenderaan dan akan bertukar menjadi night market, bermula jam 6 petang hingga awal pagi.

Waktu siang dibuka kepada kenderaan untuk lalu lalang. Agak sesak juga memandangkan Jalan Hang Jebat merupakan jalan yang agak kecil dan sempit.

Bagi saya Jonker Walk memang satu kawasan pelancongan yang menarik kerana keunikannya. Patutlah kita boleh lihat ramai pelancong luar negara datang ke sini. Banyak benda-benda pelik yang boleh ditemui di sini, antara yang saya nampak ialah tandu antik, sejenis pengangkutan yang dibawa dengan tenaga empat kerat manusia (diusung sambil berjalan).

unik dan cantikkan tingkap tu?

tokong buddha Hokkien Huay Kwan Temple

Seperkara lagi kerana keunikannya, kawasan ini selalu dijadikan lokasi penggambaran drama dan filem, antaranya drama bersiri Singapura, The Little Nyonya.



No comments:

Post a Comment