Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday 15 July 2018

Jalan-jalan Kuantan dan singgah sebentar di Cherating

Jalan-jalan Kuantan, dan singgah sebentar di Cherating.

Khamis lepas, saya sekeluarga bertolak ke Kuatan
melalui lebuhraya Pantai Timur.

Perjalanan mengambil masa lebih kurag 3 jam 15 minit.

Suami nak terus pergi ke Kuantan dan check in hotel.

Tapi saya suarakan pada suami,

jomlah singgah Cherating dulu sebelum masuk bandar Kuantan.

Nanti dan check in bilik, malas dah nak keluar.

Yeay, akhirnya suami setuju jugak walaupun awal-awal tu dia bantah jugak.

Mungkin dah penatlah tu, dia sorang je bawak kereta

padahal sebelum tu dah janji nak ganti dia :D.


masjid UIA Kampus Kuantan



Bila dah nak sampai Kuantan,
lebuhraya dah nampak kemerahan.

Beberapa tahun lepas, kecoh jugak penduduk Kuantan bising kawasan,

jalanraya di sekitar penuh dengan debu merah.

jalan berwarna kemerahan



Antara hasil pendapatan negeri Pahang ialah
perlombongan bauksit.

Bauksit terdapat dalam tanah merah yag ada di bukit-bukit di kawasan Kuantan.

Yang membuatkan kawasan persekitaran di Kuantan menjadi merah

ialah disebabkan oleh tanah merah yang jatuh

semasa dibawa oleh lori, dan juga semasa proses penapisan di kilang-kilang.


Bila nak masuk kawasan Cherating,

dah mula kelihatan pokok kelapa tinggi-tinggi.

Pokok kelapa tinggi hanya ada di kawasan pantai timur,

dan sangat jarang terdapat di kawasan pantai barat.

Sungguh, saya suka sangat tengok pemandangan indah tepi pantai

dengan pokok kelapa tinggi bertaburan di persisiran pantai.

Nampak tenang dan damai. 

Di kawasan Cherating, kita akan jumpa banyak chalet-chalet

yang diusahakan penduduk tempatan seperti Pak Itam Inn,

Riverside Beach Resort, Eastana Beach Resort.

Chalet-chalet di sini nampak sunyi dan tiada orang.

Kemungkinan orang tak ramai kerana hari bekerja. 

Selain chalet  ada banyak juga resort dan hotel

antaranya Legend Beach Resort, Royale Chulan Resort, Club Med dan banyak lagi.

Legend Beach Resort



Angin di sini, subhanallah, memang kuat.

Sesuai sangat kalau buat main layang-layang.
Pasirnya putih dan ombak kuat.

Rasanya tak sesuai untuk mandi manda.


No comments:

Post a Comment