Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 11 July 2018

Bangunan rumah kedai lama di Bandar Melaka yang unik dan antik

Di bandar Melaka kita akan nampak

banyak deretan rumah kedai-kedai lama.

Saya teringat ada satu rancangan drama cina Singapura

yang saya suka tonton iaitu The Little Nyonya.

Antara lokasi penggambaran drama ini ialah di Melaka

iaitu di kawasan Jonker Street. 





Ada banyak deretan kedai yang dibaik pulih,

ada yang dikekalkan dalam rupa yang asal

tetapi diperbaiki mana-mana bahagian yang rosak.

Ada juga yang diperbaiki dan diberi sentuhan moden

untuk dijadikan guest house atau homestay untuk pelancong.



Apapun bila kita melalui kawasan deretan kedai ini,

kita akan merasai seolah-olah kembali ke zaman dulu.

Jujurnya saya sangat suka melihat sesuatu yang rare

dan unik seperti bangunan-bangunan kedai ini.

bangunan kedai lama di bahagian belakang yang kelihatan dari Sungai Melaka


No comments:

Post a Comment