Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday 15 July 2018

Review pengalaman menginap di Hotel Sentral Kuantan

Saya nak kongsi tentang pengalaman menginap di Hotel Sentral Kuantan
yang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan.

Kami book hotel ini last minit.

Nak cari hotel tepi sungai.

Ada satu hotel nama hotel Mega View, dah penuh pulak.

Kemudian terjumpa hotel ini di apps hotel dan bila buat carian maklumat di blog,

hotel ini terletak di tepi sungai.

Saya dengan pantas pun book hotel ini.





Apa yang buat saya tertarik dengan hotel ini ialah
lokasinya yang terbaik iaitu di tepi Sungai Kuantan 

dan markah yang diberikan oleh pelanggan yang pernah menginap di sini baik,
dan review kebanyakannya positif.

Lobi hotel

Saya pilih bilik deluxe, yang boleh memuatkan kami semua seramai 3 orang.


Bilik ini dilengkapi satu katil king, set kerusi dan meja kecil,
televisyen skrin rata, meja kerja dan cermin, peti sejuk mini, penyangkut baju,


bantal extra sebiji, kabinet, peti keselamatan
untuk simpan barang-barang berharga, penghawa dingin, set kettle, mug,
dan kopi serta teh.







Yang paling best sekali dengan bilik kami ini ialah pemandangannya yang superb.

Mengadap Sungai Kuantan. Kejap-kejap nampak bot nelayan lalu lalang.


pemandangan dari bilik



Tandasnya bersih, air laju.
Lengkap dengan shower gel, sabun dan shampoo serta pengering rambut. 




Sarapan Pagi

Esoknya kami bersarapan pagi di cafe hotel.


Menu yang disediakan lebih kurang sama dengan hotel bertaraf 3 bintang.


Menu yang ada antaranya mee goreng, nasi goreng kampung,
roti telur, roti bakar, sosej, telur goreng, jus buah, kopi dan teh,
buah-buahan, sardin roll. 




Esoknya pula, menu lain, iaitu nasi lemak, popia goreng,
koay teaw goreng, bubur ikan, kentang goreng,
buah-buahan dan roti bakar. 


Alhamdulillah, kenyang dan puas hati dengan menu di hotel ini.


Tak jauh dari hotel ada Kula Cakes yang sangat terkenal
dengan kek mango cheese yang  sedap tu. 


Dari hotel hanya jalan kaki lebih kurang 100 meter
dan naik jejantas untuk ke Kula Cakes.

Boleh juga nak melintas jalan, tapi seriau sikitlah sebab kereta laju-laju.


Tak jauh dari hotel juga ada playground dan taman. Saya sempat bawa anak saya main di playground itu.


Di sekitar hotel ada kedai runcit
dan beberapa kedai makan. 


Kalau lapar malam-malam, tak payah risau.
Jalan kaki ke untuk ke kedai makan dan kedai runcit.


Jadi kepada anda yang tercari-cari hotel yang selesa,
harga berpatutan di Kuantan saya cadangkan Hotel Sentral Kuantan. 

Tempah dengan voucher di sini Hotel Sentral Kuantan


No comments:

Post a Comment