Penggunaan internet di Osaka dan keperluan pocket wifi semasa travel

Aku nak kongsikan tentang pengalaman aku  menggunakan internet semasa berada di Osaka. Kami berada di Osaka selama 7 hari. Kami ke sana tanpa menyewa sebarang pocket wifi pun. Kami jangkakan pasti mudah untuk kami gunakan internet di sana kerana kami dengar internet di Jepun sana sangat laju.

Di rumah penginapan

Di rumah penginapan AirBnb, alhamdulillah wifi di rumah itu laju dan kami tidak menghadapi sebarang masalah menggunakan internet semasa berada di rumah. Walaupun kami ramai dan rata-rata semua menggunakan internet secara serentak, kami tiada masalah lansung untuk mendapatkan internet.

Masalah yang dihadapi 

Tetapi bila kami bergerak keluar dari rumah, kami terpaksa menggunakan internet yang hanya berada di spot tertentu saja. Contohnya, seperti di airport dan setiap station subway, line internet laju dan kuat. Tapi bila train bergerak saja dari station, internet dah mula tak dapat.

Keperluan menggunakan pocket wifi

Sebenarnya tiada internet semasa travel tidak menjadi masalah besar pun bagi aku cuma ada situasi-situasi tertentu di mana kami perlu menggunakan internet on the spot contohnya untuk mendapatkan maklumat penting, di situ aku rasa sebenarnya pocket wifi sangat penting bila travel. Kalau kita ni banyak duduk di rumah penginapan atau hotel takpelah kan. Tapi kalau kita keluar sejak dari pagi dan balik lewat malam? Susah juga tu kan nak cari apa-apa maklumat penting. Aku teringat peristiwa lucu semasa berada di Seoul. Akibat tidak mencari maklumat yang mencukupi, aku dan keluarga aku menghadapi masalah kesukaran mencari guest house yang kami dah tempah. Bayangkan internet di kawasan awam di Wangsimni, Seoul waktu tu lembap gila. Susah betul nak trace maklumat. Tanya orang-orang local yang ada di sekitar pun tidak membantu sangat sebab mereka tak berapa faham apa yang kami cakap.

Pocket wifi



Satu lagi aku rasa pocket wifi penting bila kita travel ke kawasan pedalaman di mana agak sukar mendapatkan line internet. Kalau kita travel dan menginap di sekitar kawasan bandar aku rasa mungkin tiada masalah. Tapi kalau pergi masuk ceruk kampung, kawasan bukit bukau, dah macam mana nak dapatkan internet?



pocket wifi


Sekarang ni pula trend orang suka buat live update di social media. Kalau korang jenis suka buat live update dan nak kongsikan pengalaman travel secara live,  aku rasa korang termasuk dalam kategori wajib guna pocket wifi, ahaha.
Kalau korang nak travel ke luar negara tak lama lagi aku cadangkan korang guna perkhidmatan Visondata Pocket Wifi, boleh pergi ke website mereka di sini >>SEWA POCKET WIFI<<  



2 comments:

  1. 1st time tahu pasal pocket wifi sebab tak pernah guna
    hehehe
    thanks for the info

    ReplyDelete

Powered by Blogger.