8 hotel di Port Dickson yang sesuai untuk percutian keluarga

8 hotel di Port Dickson yang sesuai untuk percutian keluarga

Baru-baru ni aku ada buat survey hotel-hotel di Port Dickson
yang sesuai untuk family.


Maksud aku sesuai untuk family tu
dalam satu bilik boleh muat lebih dari dua orang dewasa.

Selalunya kan hotel sesuai untuk dua orang sahaja
kerana keadaan katilnya dan keluasan biliknya yang kecil
agak menyukarkan untuk kita bawa family.

Lagilah kalau kita ada kecil yang fitrahnya memang suka melasak
dan suka explore, maka kena cari penginapan yang luas dan selesa untuk family kita. 

1. Avillion Admiral Cove

bilik jenis premium

Hotel Avillion Admiral Cove ni aku rasa sangat sesuai bawa
family sebab bilik jenis PREMIUM yang mereka tawarkan luas
dan yang paling best, katil mereka ada dua dan juga sofa bed juga.

Pada pandangan aku, boleh muat dua orang dewasa dan 3 hingga 4 orang kanak-kanak. 

Harga dia juga bagi aku tidak terlalu mahal.

Ditambah lagi kalau dapat bilik dengan pemandangan marina basin dan Selat Melaka
yang cantik.

Syahdu je rasa bila berpeluang menatap pemandangan indah
waktu matahari terbenam.

Tentang sarapan pagi pula mungkin kena tambah harga lain
selain pax yang ditetapkan untuk setiap bilik.





Petang-petang boleh jalan-jalan tengok bot mewah
yang terletak berhadapan hotel.

Mereka juga ada swimming pool dewasa dan khas untuk kanak-kanak.

Kalau anda berminat dengan hotel ini dan bercadang
untuk menginap pada hujung minggu, kena book awal-awal
sebab setahu aku hotel ni selalu habis ditempah terutama cuti umum dan hujung minggu. 


Boleh booking melalui link ini >>Avillion Admiral Cove<<

Agoda memang satu website yang aku percaya
sebab aku telah beberapa kali menempah melalui Agoda ini
(dan so far aku puas hati sebab bila aku book, tak pernah ada masalah yang timbul.


2.  Corus Paradise Resort






Ini juga salah satu hotel yang menawarkan bilik penginapan
jenis SUPERIOR yang sesuai untuk keluarga kerana katil
yang mereka sediakan ada dua buah dan boleh memuatkan
sehingga 2 orang dewasa dan dua orang kanak-kanak.

Aku tak pernah lagi menginap di sini tapi mak dan abah aku pernah.
Mereka cakap mereka suka hotel ni sebab sarapan paginya best
dan pemandangannya cantik. 

Anda boleh buat tempahan di link ini melalui 
laman web ini untuk mendapatkan tawaran harga yang terbaik  >>Corus Paradise Resort<<


3. Glory Beach Resort





Glory Beach Resort adalah hotel jenis apartment.
Mereka mempunyai 3 jenis apartment iaitu apartment dengan satu bilik,
apartment dengan dua bilik dan apartment dengan 3 bilik.

Bagi aku sangat sesuai bawak ahli keluarga
yang ramai sebab konsepnya seperti rumah.

Ada dapur, ada ruang makan dan ruang tamu. 

Kalau tak muat tidur di bilik, boleh bawa tilam extra,
bentang di ruang tamu dan tidur ramai-ramai.

Mereka juga ada menyediakan sarapan pagi.

Yang bestnya pemandangannya kerana ia terletak berhadapan  dengan pantai. 

Tempah di sini untuk mendapatkan harga terbaik  >>Glory Beach Resort<<


4. Lexis Port Dickson


ruang yang spacious dan dua buah katil besar








Lexis Port Dickson menyediakan bilik dengan dua buah katil
dan ruang bilik yang boleh dikatakan luas.

Ia boleh memuatkan dua orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak
kerana katil yang disediakan 1 katil king dan satu katil queen.

Aku ada pengalaman menginap di sini bersama adik perempuan,
mak abah aku dan anak aku. Kami seramai 5 orang semuanya. 

Memang aku puas hati dengan hotel ni
sebab aku dapat lihat pemandangan  laut yang indah terbentang luas dihadapan mata. 

Lexis Port Dickson ada bilik jenis water chalet dan tower.

Dua-dua menghidangkan pemandangan indah dan unik.

Waktu tu aku dan keluarga aku menginap di bilik yang terletak di Tower.

Tempah melalui link ini untuk dapatkan harga terbaik >>Lexis Port Dickson<< 



5. Grand Lexis Port Dickson








Grand Lexis terletak bersebelahan dengan Lexis Port Dickson.

Beza dia antara dua hotel tersebut ialah Grand Lexis mempunyai  kolam peribadi
di setiap bilik dan harganya mahal sedikit berbanding Lexis.

Walaupun harganya mahal tetapi pada pandangan aku
sangat berbaloi-baloi jika menginap di sini.

Biliknya mempunyai dua buah katil king dan
sebuah sofa bed dan ruang bilik yang sangat luas.

Boleh muat 2 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak.
Nak mandi kolam tak perlu menapak keluar dari bilik.

Duduk saja dalam bilik dan mandi kolam sepuasnya.

Anda boleh buat tempahan melalui link ini 
untuk mendapatkan harga yang terbaik >>Grand Lexis Port Dickson<<


6. Avillion Port Dickson











Avillion Port Dickson merupakan salah satu hotel
yang menyediakan penginapan chalet di atas air. 

Selain chalet atas air, mereka juga mempunyai penginapan di dalam taman.

Hotel ini juga sesuai untuk percutian keluarga kerana lanskapnya yang menarik,
ruang dalam bilik yang selesa juga pemandangan pantai yang indah. 

Dalam bilik mempunyai 2 buah katil besar
yang boleh memuatkan dua orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak.


Anda boleh buat tempahan di Avillion Port Dickson di link ini 
untuk mendapatkan tawaran harga terbaik >>Avillion Port Dickson<<

7. D' Wharf Hotel and Serviced Residence 





D'Wharf Hotel and Serviced Residence
merupakan sebuah hotel baru yang terletak di Port Dickson Waterfront.

Ia mempunyai beberapa jenis bilik yang terdiri dari bilik superior,
studio, executive, premier suite, duplex dan grand suite.

Bilik yang sesuai untuk bawa ahlli keluarga yang ramai ialah
bilik jenis premier suite, duplex, grand suite dan executive kerana
mereka menyediakan katil lebih dari satu buah dan ruang bilik yang luas dan selesa. 









Pemandangan laut juga sungguh mengagumkan.
Oleh kerana ia terletak di bandar Port Dickson,
maka lokasinya sangat hampir dengan restoran-restoran
seperti Mc Donalds dan kemudahan lain seperti mesin atm
dan Seven Eleven.

Secara peribadi saya tertarik dengan hotel ini
kerana designnya yang moden, dan lokasi yang sangat strategik di Port Dickson.

Insha Allah satu hari nanti akan menginap di sini.

Anda boleh buah tempahan di link ini  >>D'Wharf Hotel and Serviced Residence <<<


8. Thistle Port Dickson Hotel



Thistle Port Dickson Hotel mempunyai bilik penginapan jenis Superior
dan Deluxe yang luas, katil yang besar dan selesa.

Ia boleh memuatkan sehingga 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak.

Satu lagi berita baik untuk mereka yang mencari
kelainan dalam percutian di Port Dickson, Hotel Thistle
menyediakan bilik penginapan jenis Family Room yang mempunyai
sebuah katil king dan satu katil 2 tingkat khas untuk kanak-kanak.

Saya pasti kanak-kanak menyukai pengalaman bermalam di bilik
yang menyediakan katil dua tingkat kanak-kanak ini.

Walapun harganya sedikit mahal tetapi berbaloi-baloi untu keluarga anda.
Apa salahnya berbelanja sedikit untuk menggembirakan keluarga anda.





Anda boleh buat tempahan  di link ini untuk mendapatkan tawaran harga terbaik  >>Thistle Port Dickson<<<




Tips sebelum menempah mana-mana hotel 

1. Tempah melalui aplikasi atau laman web 3rd party seperti
Booking.com, Agoda, Expedia dan sebagainya.

2. Sign up sebagai ahli untuk mendapatkan tawaran harga hebat dari mereka

3. Compare harga hotel melalui laman web Hotelscombined.com untuk mendapatkan tawaran yang terbaik.

4. Baca teliti setiap terms and condition yang dinyatakan. 
Contohnya jika buat tempahan, adakah tempahan itu boleh dibatalkan kemudian atau tidak boleh dibatalkan setelah bayaran dibuat?

5. Baca maklumat yang dinyatakan dengan teliti contohnya,  
adakah penginapan disertakan sekali dengan sarapan pagi atau tiada sarapan pagi

No comments:

Powered by Blogger.