Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday 24 December 2017

Singgah sebentar di Family Mart Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur

Singgah sebentar di Family Mart Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur

Semalam kami memenuhi jemputan kenduri kahwin
di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Balik tu ajak suami singgah sekejap di Family Mart Jalan Raja Chulan.

Dah alang-alang pergi Kuala Lumpur tu yang ajak pergi Family Mart.

Kalau tak, takdanya sengaja datang jauh
dari Bangi semata-mata nak pergi sini, ahaha. 

Barang-barang yang saya beli tak banyak pun.

Dua ketul onigiri perisa Tuna Mayo dengan Chicken Teriyaki,
ice mocha dan matcha ice cream.

Kenapa beli? Saja lepas rindu nak makan onigiri sebenarnya.

Demam travel Osaka tak habis lagi.

Belum move on lagi ni sebenarnya ahaha.

Onigiri yang dijual di Halal Mart dibuat di Malaysia.

Insha ALLAH memang tak risau dengan status halalnya.

Apa yang dijual di Family Mart

Produk makanan dan minuman yang diimport dari Jepun




minuman dari Jepun ada, dari Malaysia pun ada





Banyak  makanan dan minuman yang diimport dari Jepun ada dijual di sini. 

Dari segi status halalnya, 
haritu saya baca Family Mart tengah minta pengesahan dari Halal Jakim, 

mungkin in progress. 

Sebab proses untuk dapatkan pengesahan halal JAKIM memakan masa. 

Dalam pada tu kalau korang nak beli produk  dari Jepun, 
boleh dapatkan maklumat di website 

sebab mereka ada sediakan maklumat produk makanan dari Jepun  
yang  selamat dimakan atau tidak. 

Contohnya chocolate jenama Meiji. 

Kalau berdasarkan maklumat dari website Halal in Japan https://www.halalinjapan.com/list-of-halal-foods-in-japan.html, 

semua produk keluaran Meiji adalah halal kerana mereka menggunakan shoretening dari sumber tumbuhan.

Snek

Makanan panas, bakery, kopi panas pun ada,
dan proses pembuatannya dibuat di Malaysia.

Contohnya sandwish, onigiri, aiskrim, pastry, roti, oden dan kopi panas dan sejuk.

Onigiri yang dirindui





No comments:

Post a Comment