Perlu ke renew gambar anak di passport?

Perlu ke renew gambar anak di passport? Jawapan saya, perlu.

Yelah cuba fikir secara logik. Gambar di passport gambar anak kita masa baby, masa dia kecik sangat. Contohlah kan, gambar diambil waktu dia tak sampai umur dua tahun. Sekarang umur dia dah 4 tahun. Cuba bandingkan umur dia masa 2 tahun dengan umur masa 4 tahun. Bukanke banyak bezanya tu. Dulu dengan rambut pendek, pipi tembam. Sekarang anak kita rambutnya dah banyak. Pipi pun dah tak tembam lagi dah. Kalau pegawai imigresen tengok pun, dia boleh jadi ragu-ragu jugak kan. Kita yang kenal anak sangat-sangat ni pun boleh rasa yang muka anak kita dah lain, inikan pulak pegawai imigresen yang baru pertama kali nampak anak kita dalam beberapa minit. 











Itulah yang saya fikirkan dalam beberapa hari ni. Mula-mula taknak fikir sangat pasal renew gambar anak. Tapi bila fikir kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku nanti, saya buat keputusan nak renew gambar anak yang terkini. Nanti dah sampai negara orang, kena tahan dek pegawai imigresen dan dihantar pulang ke Malaysia, boleh nangis berhari-hari hari tau tak( nauzubillah).

Ok, nak renew ni tak susah pun. Bawa 2 keping gambar passport anak, mykid atau surat beranak anak, dan ic kita. Jumpa mana-mana pegawai dan cakap nak tukar gambar anak. Nanti dia akan bagi borang untuk kita isi. Masa saya pergi tadi, elok-elok je saya sampai di Imigresen Kajang, nombor giliran habis. Memang  cuak jugaklah tadi, tapi saya pergi juga tanya pegawai imigresen tu cakap nak tukar gambar. Pegawai tu layan je (ingatkan bila nombor giliran habis takde harapan saya nak selesaikan urusan tu). Buat apa yang patut, lebih kurang setengah jam kemudian, saya dah dapat collect passport anak. Mudah je kan? Free pun free.

No comments

Powered by Blogger.