Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 25 November 2017

Kembara musim luruh Kansai, Jepun 2017- Pengenalan

Alhamdulillah,  24 November 2017, tamat sudah kembara kami sekeluarga ke wilayah Kansai, Japan yang merangkumi Osaka, Kyoto, Nara, Himeji dan Kobe.  Pengembaraan selama 8 hari 7 malam. Bertolak dari KLIA2 pada hari Jumaat 17 November hingga 24 November. Pelbagai pengalaman pahit manis dirasai. Insha Allah saya akan kongsikan dalam entry-entry seterusnya.




Ini adalah kembara bajet kami. Kenapa bajet? Kerana kami bergerak ala backpackers. Tiada tour guide. Kami banyak berjalan kaki dan naik train. Makan masak sendiri. Rumah sewa kongsi-kongsi bayar. Nak kata backpackers tu taklah jugak sebab kami travel bersama warga emas,  1 kanak-kanak dan dua orang bayi. Orang cakap kalau ada warga emas dan kanak-kanak, kita tak boleh rushing-rushing. Memang betul pun. Pelbagai cabaran kami lalui. Ada anggota keluarga yang jatuh sakit diserang influenza. Anak saya pula terkena muntah-muntah dan cirit birit yang menyebabkan dua hari dalam trip ini saya tak dapat sertai. Emak dan abah sayalah warga emas itu, tapi kalau nak tahu mereka berdua ini kaki travel sejak mereka muda. Mereka lagi banyak travel dari kami. Merata-rata mereka travel dari Singapura, Indonesia hingga ke Bosnia sana. Tapi sejak akhir-akhir ni, abah dah tak berapa larat sebab selalu sakit pinggang. Jadinya trip ke Japan kali ni mereka serah pada anak-anak untuk rancang intinerary keseluruhannya. 

Adik perempuan  dan adik lelaki saya yang paling sakit kepala sebab dia yang research semua route yang kami perlu lalu, nak beli pass apa, nak tinggal di mana. Tq soooo much. Memang agak susah nak travel sendiri kalau kita tak buat research. Kenapa perlu research? Kerana Osaka terlalu banyak pass. Ada Osaka Amazing Pass, Kansai Thru Pass, Icoca, Suica, Haruka dan banyak lagi. Pening weh.  Nanti korang yang nak travel, nak beli pass apa semua kena tengok dulu, kat mana korang duduk. Rancang itinerary elok-elok, lepastu baru senang decide nak beli pass apa. Jangan main hentam saja. Nanti korang jugak yang rugi.  Jadi sesiapa yang merancang nak ke Osaka dan tak tahu bagaimana bermula, dapatkan nasihat dulu dari pihak yang pakar tentang travel ke Japan seperti H.I.S.



============




Dapatkan buku Road To Japan oleh Jack S Adli di sini >>>Road To Japan Jack S Adli<<<



No comments:

Post a Comment