Jalan-jalan cuci mata di Ikea Cheras

Dua hari lepas saya ikut emak dan abah ke Ikea Cheras. Saya sebenarnya takde nak beli apa-apa pun, memang pergi sana semata-mata follow emak dan abah yang memang tengah mencari almari baru untuk gantikan almari lama yang ada di rumah mereka.

Suka sangat tengok macam mana Ikea buat susun atur dan setiap susun atur mereka nampak hidup. Memang sesuai sangat jadikan tempat terapi diri. Tapi nak beli tu belum tentu lagi. Harga pun memang boleh buat mata terbeliak selama beberapa minit ahaha.

Saya sempat juga meninjau-ninjau set bilik tidur anak perempuan saya. Ada katil untuk kanak-kanak yang comel gila. Katil single untuk budak-budak ni saiz dia separuh dari saiz katil single dewasa. 















Tengoklah comel je set dapur dan ruang makan tu. Betul-betul sesuai untuk rumah kecil atau rumah jenis studio. Meja makan untuk dua orang, lepastu ada dapur kecil. Untuk orang-orang bujang yang duduk sendiri boleh pilih susun atur yang macamni.



 Katil untuk budak-budak.Harga dalam RM400 ke atas untuk rangka katil dan tilam.






 Set bilik tidur dewasa






 Set ruang tamu. Kalau rumah yang kecil, kalau buat susun atur macam ni, memang sesuai sangat











 Boleh ambil idea ini untuk susun atur bilik study dan SOHO.




Post a Comment

0 Comments