Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 2 October 2017

Short gateway di Blue Lagoon Port Dickson

Port Dickson tak jauh dari rumah emak abah saya di Senawang.

Disebabkan dekat, kami selalu ke sana. kadang-kadang pergi tanpa perancangan pun.

Perjalanan dari Senawang ke Port Dickson mengambil masa lebih kurang 40 minit saja.

Lepas sarapan pagi, waktu tu juga decide ke Port Dickson.

Bertolak dari Senawang jam 11.20 pagi,  dalam pukul 12 tengahari
dah sampai Port Dickson.

Asalnya nak ke kawasan yang dekat-dekat saja,
kawasan yang dekat dengan Pasar Malam tu,
tapi jalan sesak ya amat.

Jadi kami buat keputusan, naik ke Tanjung Tuan sahajalah.



jalan-jalan di Blue Lagoon Port Dickson

jalan-jalan di Blue Lagoon Port Dickson



Tanjung Tuan ni atas lagi dari Telok Kemang.
Tanjung Tuan memang dah dekat sangat dengan sempadan Melaka.

Di Tanjung Tuanlah terletaknya Rumah Api Cape Rachado.

Ok bersebelahan dengan Tanjung Tuan itulah terletaknya Telok Biru,
atau Blue Lagoon nama glamournya.

Blue Lagoon ni kawasan yang masuk ke dalam, macam bentuk ladam kuda.

Jadi bila kawasan ini masuk ke dalam, air lautnya lain sikit,
macam agak kebiru-biruan.

Mungkin sebab kurang pencemaran, berbanding air laut pantai.

Berhampiran Blue Lagoon ni ada beberapa hotel seperti Lexis Hibiscus,
PNB Ilham, Klana Beach Resort, Akar Beach Resort dan lain-lain.

Sebelah Blue Lagoon ada hutan simpan  di mana terletaknya rumah api tersebut,

 Saya pernah sampai ke Cape Rachado masa umur 14 tahun.

Memang cantik pemandangan yang dapat dilihat dari Cape Rachado ni.

Semasa kami ke sana, nampak ramai je orang yang hiking naik ke hutan simpan itu. 




jalan-jalan di Blue Lagoon Port Dickson







Apa yang ada boleh lakukan di Blue Lagoon dan Tanjung Tuan?

Berkelah bersama keluarga

Beriadah dengan anak-anak

Bawa anak main playground

Menyewa canoe (tak pasti rate berapa)

berkhemah. 
Tak jauh dari Blue Lagoon ada tapak perkhemahan. 

Kalau hendak ke tapak perkhemahan tu, pergi ke kawasan yang ada hotel PNB Ilham. 

Memanjat bukit dan meredah hutan simpan untuk melihat rumah api (jungle trekking dan hiking) dan melihat dengan lebih dekat haiwan-haiwan liar yang ada di hutan simpan
BBQ 
Ada banyak gerai jualan makanan dan cenderahati di sini.

Jadi tak perlu risau sangat tentang makanan,
andainya kita datang dengan tangan kosong dan tanpa persediaan.








Kami tak lama pun di sini.
Selepas makan koay tiaw dan nasi goreng
di medan selera di Blue Lagoon ini, dalam dua jam kemudian
dah bertolak ke Senawang semula.

Pada pendapat saya, Blue Lagoon sesuai
untuk orang yang lebih gemarkan spot yang tak berapa ramai orang,
kerana di Blue Lagoon ini pengunjungnya tak seramai di Telok Kemang.

Laluan nak ke sini tidaklah sesesak di Pekan Port Dickson dan Telok Kemang.
Jalan masuk ke Blue Lagoon pun agak tersorok ke dalam.

Kena hati-hati baca signboard kalau nak masuk ke Blue Lagoon.

 Oh ya di sebelah Blue Lagoon tu ada satu pantai nama Pantai Cermin.
Next time datang sini, nak singgah ke Pantai Cermin pula, insya Allah.
 

No comments:

Post a Comment