Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 4 October 2017

Review Hotel Haji Saudi Cameron Highland

Review dan pengalaman menginap di Hotel Haji Saudi Cameron Highland

Saya dan keluarga baru saja pulang dari percutian pendek, 
dua hari 1 malam di Cameron Highland. 

Bertolak dari pukul 11 pagi dari Bangi. 
Dalam pukul 4 petang dah sampai Cameron Highland.

Naik ke Cameron Highland ikut laluan Simpang Pulai. 
Jalan Simpang Pulai ni agak jauh sikit, tapi jalannya lebih elok 
dan besar berbanding kalau ikut laluan Tapah.

Singgah sekejap di RnR Sungai Buloh, lepas siap-siap makan semua,
sambung perjalanan.

Itu yang nampak macam lama je kan perjalanan ni


Sampai-sampai je Cameron, terus cari tempat penginapan. 
Mula-mula macam berkenan dengan satu resort ni bila baca review orang.

 Sempat tengok bilik, akhirnya tak jadi sebab rasa macam tak sedap hati. 

Resort nampak muram dan sepi
walaupun khabarnya hotel ini
resort yang selalu jadi pilihan orang ramai bila bercuti di Cameron Highland. 

Barangkali sebab low season tu yang nampak macam sunyi sepi je. 
Tak syok pulak rasa. Saya ni jenis kalau nak bermalam di mana-mana, 
tak suka tempat yang terlalu sunyi dan tak ramai orang datang. 
Seram sejuk nanti haha.

Lepas kira tolak tambah bahagi darab semua, akhirnya 
nak bermalam di Haji Saudi Hotel saja. 

Siap compare dengan resort yang nampak muram dan sepi tu.

Alasan kami sebab hotel Haji Saudi ini hotel baru,
terletak sangat dekat dengan kedai-kedai di Pekan Brinchang, 
harga yang sangat berpatutan. 

Hotel ini ada penginap lain, bukan kami saja
 jadi taklah kami rasa muram, sunyi dan sepi. 

Kemudahan berhampiran hotel

Bawah hotel ada deretan kedai termasuk kedai makan, dan Seven Eleven.
Senang nak beli makanan, 
senang nak beli apa-apa barang sebab Seven Eleven dibuka 24 jam. 

Dan yang paling penting sekali hotel ini hotel yang diuruskan oleh muslim,
dan ia juga  hotel baru. 

Semua kelengkapan dan kemudahan adalah baru. 

Nampak seri hotel baru tau. 
Amboi Sabrina, puji melambung-melambung ya! 

Hotel ini tak sediakan sarapan pagi, tapi tiada masalaah 
boleh makan di kedai makan sekitar Brinchang 



Apa yang disediakan di bilik Hotel Haji Saudi?

Bilik bersih

Toilet bersih dan baru

Cadar nampak bersih dan baru (kelihatannya seperti mereka cuci cadar setiap hari ,
 nampak kerja-kerja Housekeeping dan cleaning)

Televisyen flat screen tapi rancangan tak banyak sangat. 
dalam 4 channel, TV2, TV3 dan HBO

Ada wifi, tapi time kami pergi sini tak dapat internet. 
Bila tanya staff, katanya ada gangguan networking di kawasan tersebut

Ada sejadah dan kiblat

Tiada air cond tapi ada kipas

Water heater untuk mandi air panas

Gelas, air mineral dan kettle

Shower gel disediakan

Penyangkut baju

Tuala






bawah hotel ada kedai makan
















Di hotel ni bila nak masuk malam tu, memang sejuk.
Suhu terendah saya tengok 16ºC.
Jadi tak payah air cond pun.
Malam berselubung dengan selimut sampai kepala.

Air dalam toilet sejuk gila.
Menggigil nak mandi dan ambil wudhu'.  Tapi jagan risau,
 kan ada water heater. Boleh mandi air panas ok. 

Hotel bertaraf budget tapi sangat memuaskan

Apapun, walaupun hotel ni tak complete semua kemudahan disediakan,
untuk taraf hotel budget, saya  berpuas hati.

Tidur pun selesa. Cuma yang tak best bilik yang saya dapat tu pemandangan dia tak cantik.
Nampak belakang kedai orang lain.

Kalau korang nak bermalam di sini,
cuba dapatkan bilik yang boleh nampak pemandangan pekan Brinchang.

Jadi sesiapa yang nak menginap di sini, kenalah book awal terutamanya kalau peak season seperti cuti sekolah dan hujung minggu kerana mengikut apa yang staff hotel cakap, bilik sentiasa penuh.

 aca review pengunjung di facebook page mereka pun rata-rata cakap berpuas hati dengan hotel ini.

Alamat ;

22 Jalan Angsana 1, Brinchang
39000 Brincang, Pahang
telefon 013 9213535

FB https://www.facebook.com/hjsaudihotel/



No comments:

Post a Comment