4 penginapan di Pantai Bagan Lalang Sepang yang selalu menjadi tumpuan orang ramai

Dah lama nak cerita tentang penginapan yang ada di Bagan Lalang memandangkan Bagan Lalang merupakan salah satu kawasan yang boleh dikatakan dekat dengan rumah saya di Bangi.

Kalau tak bermalam pun, saya akan pergi untuk jalan-jalan di tepi pantai mengambil angin. 

Penginapan yang saya senaraikan di bawah merupakan penginapan yang popular lebih-lebih lagi di cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah. 

Untuk sesiapa yang sedang mencari penginapan di Bagan Lalang,
saya senaraikan 4 penginapan yang harganya sangat berpatutan dan sesuai untuk bercuti bersama keluarga. 

1. Hotel Seri Malaysia



Hotel ini  di antara hotel paling popular kepada pengunjung yang datang ke Bagan Lalang. 

Ia tidak terletak d tepi pantai tetapi pengunjung masih boleh ke pantai melalui jambatan kecil yang terletak di belakang hotel. 

Pihak hotel juga ada menyediakan kolam mandi  sekiranya pengunjung tidak mahu mandi di pantai.

Untuk tempahan boleh hubungi talian 03-31412918 atau boleh buat tempahan secara online di Agoda melalui link ini >>Seri Malaysia Bagan Lalang<<


2. Seri Bayu Resort Hotel

penginapan jenis studio







Resort ini menyediakan penginapan berbentuk studio dan apartment yang sangat sesuai untuk percutian yang disertai oleh ahli keluarga yang ramai. 

Resort ini juga menyediakan kolam mandi dan tapak untuk mengadakan berbeque.

Anda boleh membuat tempahan secara online di link ini Seri Bayu Resort Hotel


3. Camar Laut Resort 

penginapan jenis suite


penginapan jenis chalet


Camar Laut merupakan satu resort yang diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. 

Di sini terdapat penginapan dengan jenis bilik yang pelbagai iatu bilik suite, bilik standard, chalet single, dan chalet berkembar. 

Bilik suite dan bilik standard terletak di bangunan baru manakala chalet singe dan chalet berkemba merupakan penginapan berbentuk chalet yang diperbuat dari kayu. 

Memang unik kan. Dalam setiap chalet pula ada bilik, sama ada 1 bilik atau dua bilik.

Untuk tempahan anda boleh hubungi talian 03-31411912


4. Kompleks Agrotourism PNK Resort 


deretan chalet

Resort ini diuruskan oleh Persatuan Nelayan Kawasan.  

PNK mempunyai banyak chalet di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Terdapat penginapan berbentuk chalet dan dorm.

Mereka menyediakan dewan untuk seminar sekiranya ada  agensi yang mahu mengadakan kursus atau seminar di sini. 

Mereka juga  menyediakan tapak barbeque dengan sedikit bayaran.

Untuk tempahan, anda boleh hubungi talian 03-31413182

Alamat; Persatuan Nelayan Kawasan Sepang, 
Kompleks Agroutourism
Bagan Lalang, Sungai Pelek
Selangor




Post a Comment

0 Comments