Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 20 March 2018

Bermalam di hotel berdekatan Bangi Wonderland- Hotel Avenue Bangi

Bermalam di hotel berdekatan Bangi Wonderland iaitu Avenue Bangi Hotel.

Sangat dekat dengan Bangi Wonderland

Haa, saya rasa inilah sebab utama kenapa hotel ini diwujudkan.

Kerana ia dekat dengan Bangi Wonderland Theme Park,
dalam beberapa ratus meter saja.

Jika anda ke Bangi Wonderland dan nak cari penginapan,
anda boleh bermalam di Hotel Avenue Bangi yang saya duduk ini
ataupun di Le Venue Hotel.

Kedua-dua hotel ini jaraknya sangat dekat dengan taman teman air tersebut.


Alkisahnya kami bermalam di Hotel Avenue Bangi
yang tak jauh dari rumah.

Puncanya sebab tiang eletrik depan rumah kena sambar petir,
bekalan eletrik terputus dan kami terpaksa bergelap selama berjam-jam.

Dah panggil orang TNB.
Bila mereka semak, mereka cakap mereka tak dapat baiki
sebab kerosakan yang berlaku di luar kemampuan mereka,
jadi mereka kena panggil team lain yang boleh betulkan.


Diorang cakap, mungkin ambil masa nak betulkan
sebab banyak rumah lagi yang kena lagipun kerjanya agak rumit nak buat.

Kami ingat esoknya kot baru bekalan eletrik pulih.

Kami dah tak tahan. Sejak jam 5 petang black out.

Takkan nak tidur dalam keadaan gelap gelita dan panas berpeluh-peluh?

Lagipun suami perlu siapkan kerja dia, esok nak hantar katanya.

Jadi kami decide tidur jelah mana-mana hotel yang dekat dengan rumah.

Bila dah check in Hotel Avenue Bangi lebih kurang pukul 1 pagi,

TNB telefon bagitahu mereka dah baiki kerosakan
dan dah masukkan bekalan eletrik. Fuh lega.

Tapi dah ter-check in hotel pula.

Alang-alang dah check in, tidur jelah buat review terus! haha.

Ok meh saya cerita sikit tentang Hotel Avenue Bangi ni.

Kami ambil bilik dengan katil Queen.

Cukuplah untuk kami 3 beranak.

Alah, beberapa jam je pun duduk hotel.
Berhimpit sekejap je.

Tapi kepada anda yang nak datang dengan family,
better ambil bilik besar sikit. Biar selesa.



Kelengkapan dalam bilik


anak dah terlanding sebelum ambil gambar, tu yang nampak tak berapa kemas


Hotel ni hotel baru.

Jadi memang kelengkapan dalam bilik nampak baru dan moden.

Katil selesa dan empuk.

Ada televisyen flat screen, tapi siaran tak banyak.

Ada penghawa dingin siap dengan remotenya sekali.






Air mineral, amenities lengkap dengan berus gigi,
shampoo, sabun. Suka, suka.

Kami angkut kesemuanya bawa balik rumah.

Kettle dan cawan ada, kopi 3 in 1 je tak disediakan.


Tandasnya bersih, berkilat.

Thumbs up kepada pihak hotel.

Hotel-hotel lain tempat tidur ok tapi tang bilik air tak ok sebab kotor.

Tapi tandas Hotel Avenue Bangi memang bersih. 

Air pun keluar laju. Tuala mandi disediakan.



Meja kerja pun ada.

Suami saya siap angkut laptop sebab nak siapkan kerja dia
yang tergendala dek kerana black out di rumah. 

Wi-Fi percuma disediakan cuma tidaklah laju tapi tidak lembap.
Ok ok saja,

Parking dan kedai

Parking banyak.

Ada kedai seperti Speedmart dan Mynews.com bersebelahan dengan hotel.

Kalau anda menginap di sini, jangan risau tentang makan
sebab ada shopping mall tak jauh dari hotel. 



Kesimpulannya, saya suka hotel ni kerana keselesaan dan kebersihannya.

Harga pun berpatutan. 

Nak booking Avenue Bangi Hotel boleh klik sini Avenue Bangi Hotel.

Le' Venue Hotel boleh klik sini Le'Venue Hotel Bangi.

Tiket Bangi Wonderland boleh beli sini Tiket Online Bangi Wonderland.


No comments:

Post a Comment