Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 29 March 2018

Pengalaman bermalam di Muar Traders Hotel

Tarikh 27 Mac hingga 29 Mac 2018 baru-baru ni saya dan keluarga jalan-jalan makan angin ke Muar dan Melaka. 

Kami menginap selama 1 malam di Muar Traders Hotel dan Hotel Arissa Melaka.





Sedikit pengalaman yang saya boleh kongsikan tentang Muar Traders Hotel.

Saya membuat tempahan untuk  satu malam dan menempah bilik Deluxe King yang terletak di tingkat 1.

Proses check in pukul 3 petang berjalan dengan lancar.

Sesampai di bilik, letak barang, rehat sekejap dan solat jamak takhir.


ruang lobby





Masuk saja bilik, dalam hati cakap "wahh". Sebab apa tau. Sebab bilik yang kami dapat tu luas. 

Keadaan dalam bilik juga  mengagumkan. Luar hotel nampak macam hotel lama. 

Bila masuk bilik, rasa macam hotel baru. 

Bila baca ulasan di Tripadvisor, rupa-rupanya hotel ini baru menjalani proses "refurbished''. 

Cantik dan sesuai penataan warna yang digunakan.

Kombinasi warna putih dan kelabu.











Antara yang disediakan dalam bilik, almari baju, set barang-barang mandi seperti shampoo, sabun, berus gigi, 

cerek eletrik dan set kopi-kopi iaitu cawan, air mineral dan minuman 3 in 1. 

Selain tu ada juga peti ais, meja tulis, televisyen skrin rata, penghawa dingin kerusi dan sofa. 

Toilet juga toilet jenis moden dengan kaca digunakan sebagai pembahagi antara tandas dan shower room.





pintu tandas macam pintu almari


Satu lagi perkara menarik semasa menginap di Muar Traders Hotel 
ialah kami dapat melihat pemandangan indah muara Sungai Muar.

Kelihatan di bawah sana, 

bot-bot nelayan, bandar Muar yang sibuk, bangunan-bangunan lama bandar Muar, 

masjid bersejarah Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Masjid Jamek Sultan Abu Bakar dan rumah-rumah penduduk tempatan.


pemandangan pada waktu pagi, matahari mula naik. 



pemandangan dari Ayu Cafe


Pagi esoknya kami bersarapan di Ayu Cafe. yang terletak dalam bangunan hotel. 

Ya hotel ini juga menyediakan
sarapan pagi untuk tetamunya. 

Makanan yang dihidangkan lebih kurang sama macam hotel lain yang bertaraf dua dan tiga bintang.

Bubur nasi, buah-buahan, nasi lemak, bihun Singapura, kuih, salad dan dressing, set roti bakar, air kopi dan teh. 

Saya suka bubur nasi dia. Sedap! Dua kali saya tambah.

Lokasi hotel ini agak strategik kerana dekat dengan kemudahan seperti bank.

Di bawah hotel ada restoran Pizza Domino dan Secret Recipe. 

Kedai makan juga tak jauh dari hotel.


Jika ditanya pada saya,

best tak duduk hotel ini? 

Saya jujur cakap, best. Saya suka. 

Suka sangat. Haha, memang tak tipu.


Suka sebab pemandangannya superb dan keselesaan, kebersihan dan konsep moden di dalam bilik. 

Tiada bau-bauan yang tidak enak didalam bilik.
Yelah sesetengah hotel, biliknya berbau hapak. 

Waktu malam juga tiada bunyi-bunyian dan pengalaman yang menyeramkan,
 walaupun nampak macam hotel lama. 

Orang cakap hotel lama ni biasanya agak menakutkan. 

Tapi setakat pengalaman saya alhamdulillah semua ok-ok saja. 

Tidur tiada apa-apa gangguan.

Cuma yang agak kurang sedikit ialah di bahagian balkoni ada banyak tahi burung. 

Di sini memang jadi tempat burung melepak. 

Maklumlah tepi sungai kan. 

Kena pakai kasut kalau pengunjung mahu mencuci mata di balkoni.

Apapun jika anda datang ke Muar,
hotel ini boleh dimasukkan dalam list anda.

Insha Allah tak menyesal.


No comments:

Post a Comment