Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 30 March 2018

Ambil angin petang di Tanjung Emas Muar

Destinasi pertama sesampai saja di Muar ialah, Tanjung Emas.

Tanjung Emas memang dah masuk dalam senarai lokasi yang saya nak pergi bila dah sampai di Muar.

Lepas solat jamak takhir, kami terus ke Tanjung Emas untuk makan
dan jalan-jalan sekitarnya.

Kami ke Medan Selera yang terdapat di Tanjung Emas.

Kalau datang Muar, yang saya teringin sangat nak rasa, Mee Bandung Muar.

Di Medan Selera Tanjung Emas ada dijual Mee Bandung Muar.

Alhamdulillah, memang betul apa yang selalu menjadi bualan orang.

Mee Bandung Muar memang sangat sedap.

Kuahnya kaya dengan rasa udang.

Pendek kata, tak sama dengan mee bandung yang ada di tempat lain.

Tanjung Emas Muar

Tanjung Emas Muar




Bila dah sampai Muar, terimbau kenangan masa kecil.

Saya dan keluarga pernah tinggal di Muar untuk beberapa tahun.

Tanjung Emas merupakan tempat saya bermain petang-petang.

Memang dah banyak sangat perubahan di sini berbanding zaman saya kecil dulu.

suasana matahari hampir terbenam

taman yang luas 

Anak saya tak lepaskan peluang bermain playground yang disediakan di sini.

Tenangnya suasana di sini, dengan angin sepoi-sepoi dari laut dan pemandangan muara sungai. 



Tanjung Emas Muar


Pengunjung boleh menyewa kayak dan basikal di kawasan ini.

Pasti seronok kan berkayak dan berbasikal di sekitar Tanjung Emas.

Dan setahu saya, ada aktiviti river cruise juga tetapi sefaham saya ia hanya dibuka pada hujung minggu.

Takde rezeki kami nak naik river ruise sebab kami datang pada hari bekerja.

Sebelum bergerak balik ke hotel, kami sempat singgah di Dataran Tanjung Emas,
yang popular dengan signboard besarnya "Bangsa Johor".

Kami sempat bergambar di sini.



Satu lagi lokasi yang perlu dikunjungi bila sampai di Muar ialah Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

Insha Allah saya akan tulis entry khas tentang masjid ini.






No comments:

Post a Comment