Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 14 October 2016

Percutian singkat di KM Chalet, Kuala Linggi Melaka



Alhamdulillah baru-baru ni saya dan keluarga 

telah menginap di KM chalet bersempena cuti hujung minggu yang agak lama, 

iaitu cuti 1 Muharram 1438H.



KM Chalet terletak di Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru,  Melaka.

Kuala Sungai Baru ni daerah sempadan dengan Port Dickson Negeri Sembilan.



Alhamdulillah walaupun pergi KM Chalet tanpa dirancang,

banyak lagi bilik kosong rupanya. Selalunya full booked.

Itulah yang dikatakan rezeki kami.



Yang join sekali trip ni adik dan suami dia,

abang saya dan isteri dia, mak abah dan adik lelaki.



KM Chalet terletak berhadapan dengan pantai Kuala Sungai Baru.

Memang mengadap laut dan sangat dekat dengan pantai.

 Dia ada banyak jenis bilik. Kami punya bilik di bangunan 3 tingkat warna kelabu.  

Ada jenis bilik yang memang sangat dekat gigi air.

 Bukak-bukak pintu je boleh terus lompat masuk dalam air. Hahaha.


Review tentang KM Chalet.

Bilik bersih, kemas dan selesa.

Bilik air bersih

Ada televisyen

Ada air cond

Ada gelas

Tiada kettle dalam bilik tapi disediakan water dispenser air suam dan air panas di koridor

Sangat dekat dengan pantai dan boleh dengar bunyi ombak dengan sangat jelas

Pemandangan laut yang cantik dari koridor.

Boleh nampak kapal-kapal dengan nun jauh di tengah laut dengan sangat jelas.


Tiada sarapan pagi sediakan.

Tapi kalau nak makan mereka sediakan perkhidmatan katering.

Boleh tempah dari awal.




Tiada restoran dan kedai makan berhampiran dengan KM Chalet.  

Jadi kena keluar dari kawasan ini untuk cari makanan.

Boleh cuba ke D'Muara Ikan bakar yang terkenal tu ye. 

Untuk makan malam kami ke D'Muara Ikan Bakar.

Untuk sarapan pagi kami beli sedikit roti dan 3 in 1 di Kedai 7 Eleven. 

Dalam pukul 11 pagi esoknya check out dan pergi Port Dickson untuk sarapan pagi.

Ok layan gambar dulu ye





Pemandangan di waktu petang





 Suasana dalam bilik



 Inilah bangunan di mana kami duduk






 Pemandangan dari koridor.





Nampak laut dengan jelas. Tu ada kapal besar seketul (baca sebuah ).
Nampak tak?







No comments:

Post a Comment