Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 12 August 2016

Suka tengok Mizz Nina yang sekarang

Saya bukanlah peminat tegar Mizz Nina. Sekadar tengok dia sekali sekala di televisyen semasa dia mengacarakan program tv. Lagu-lagu dia pun saya tak tahu .. hehe. Tapi ada sesuatu yang menarik perhatian saya terhadap Mizz Nina. Saya suka tengok Mizz Nina yang sekarang. Sangat berbeza dengan Mizz Nina yang dulu.





Dulu saya pernah terkejut bila ternampak penampilan Mizz Nina yang sangat berani, sangat keterlaluan (fesyen jahiliyyah) dan lirik lagu dia yang bagi saya tak bermoral.. huhu.

Siapa sangka, Mizz Nina berubah  360°.

 Wajah yang tenang, tutur kata yang tenang. Wajah yang natural,  tanpa solekan yang melampau. 







Berhijab dan berpakaian yang labuh dan longgar menutup aurat. Serius suka tengok .

Saya juga pernah tengok Mizz Nina secara live di program Kuala Lumpur Palestine Film Festival anjuran Viva Palestina pada tahun 2015. Mizz Nina sebagai duta program tersebut. Saya perhati je Mizz Nina bila dia lalu sebelah saya. Segan nak tegur..hehe. Memang macamtulah penampilan dia. Pakai baju besar dan longgar.

Pernah terbaca harapan suami Mizz Nina detik-detik selepas mereka berkahwin. Harapan  Noh supaya isterinya tidak memakai pakaian seksi selepas bergelar isteri.

 Sungguh, kata-kata seorang suami menjadi doa buat isterinya. Barangkali itu juga menjadi doanya siang malam pagi petang. 


Kesimpulannya,  jangan membenci manusia sekiranya mereka melakukan dosa tetapi bencilah perbuatannya.  Kena banyak beristighfar dan bertaubat sebab setiap manusia (diri sendiri) tidak lepas dari melakukan dosa dan maksiat. 

Selalulah berdoa supaya diri sendiri dan orang sekeliling sentiasa diberikan hidayah dan taufiq dari Allah.


Tiba-tiba rasa sebak..sungguh hidayah dan taufiq milik Allah , tapi kita kena usaha supaya selalu dipanduNya  dalam setiap langkah kehidupan kita (T_T)


No comments:

Post a Comment