Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 14 October 2016

Buku Travelog Umrah Tanpa Agent

Rupa-rupanya boleh buat umrah tanpa menyertai travel agent. Saya baru tahu. Makna kata buat umrah semua sendiri-sendiri. Tiada siapa atau mana-mana pihak yang tolong bawakkan.  Dan sekarang dah ada penulis-penulis yang menceritakan pengalaman mereka mengerjakan umrah secara persendirian tau tanpa agen ini dengan buku-buku.

Bagus sebenarnya kalau kita travel secara persendirian. Bagi sesiapa yang sukakan cabaran travel sendiri tanpa agen, antara manfaat yang mereka dapat antaranya berdikari dan rajin berusaha dengan keupayaan diri sendiri. Agak susah bagi yang tak biasa. Tapi kalau nak mulakan, why not kan? Mana tahu akan dapat  ilmu dan pengalaman yang sangat-sangat mahal dan berharga. Di Bookcafe dah ada buku travelog umrah tanpa agen iaitu Travelog Umrah DIY : Merungkai Rindu. Tulisan Zuera Abdul Ghani. Ada 258 mukasurat.

Dalam buku ini penulis menceritakan pengalaman beliau menunaikan umrah tanpa agensi pelancongan selama 14 hari dan  berserta tips-tips antaranya  tempahan tiket penerbangan, hotel, visa dan pengangkutan. Dengan kos RM2000++ sahaja.

 Masya Allah. Subhanallah. Murah sangat tu. kalau pergi dengan travel agent selalunya basic RM4999 kalau tak silap saya. Jangan salah faham ye,  saya bukan nak memburukkan industri travel agensi ini. Ikutlah masing-masing punya citarasa kan. Ada orang nak menjimatkan kos dan sukakan cabaran, mereka sanggup travel secara persendirian. Ada orang memang nak tumpukan pada ibadah, mereka taknak pening-pening kepala, mereka lebih suka memilih bersama travel agen.  Saya sendiripun travel dengan Tabung Haji Travel and Tours. Memang puas hati. Baik secara persendirian atau travel agen, maisng-masing ada kelebihan tersendiri. 

Nah ini bukunya






Harga hanya RM25. Boleh dapatkannya di sini Travelog Umrah DIY


No comments:

Post a Comment