Ads Top

Naracards Seoul Set

Akhirnya dapat jugak merasa mee calong Beserah

Jalan-jalan di Kuantan sempat menikmati mee calong Beserah.

Hari ke dua di Kuantan, saya ajak suami pergi Beserah yang terletak dalam daerah Kuantan. 

Orang cakap kalau pergi Kuantan kenalah rasa makanan penduduk tempatan. 

Kuantan pula memang kedudukannya di tepi pantai, 

maka kebanyakan makanan yang popular di sana ialah makanan laut dan produk hasil laut. 

 Mee calong 



mee calong Beserah

Saya pun  tahu tentang mee calong ni bila tengok Majalah 3.

Punya gigih nak rasa, kami singgah di Pantai Batu Hitam.

Di sana ada beberapa gerai makanan.

Kami order dua mangkuk mee calong dan sepinggan nasi ayam. 

Mee calong ni sama macam mee sup.

Mereka menggunakan mee kuning atau beehun dan rencah asas lebih kurang sama macam mee sup.

Yang berbeza dengan mee sup ialah mereka memasukkan keropok lekor ke dalam kuah sup.

Selain tu, ada fishcake, dan tauhu yang agak banyak dan gemuk-gemuk.

Ada telur juga.  Ada sesetengah peniaga letak ayam juga selain telur.



Puas makan, dahlah saya ni peminat tauhu.

Biasanya mee calong dimakan bersama sambal cili.

Saya tak pandai sangat makan me sup dengan sambal cili.

Saya ambil tauhu, keropok lekor dan cicah dengan sambal cili.

Sedap jugak. Sedap makan mee calong ni panas-panas.

Lepastu makan pulak sambil mengadap Laut China Selatan yang luas terbentang.

mee calong Beserah




Kalau ikut resepi mee calong yang saya dapat dari google,
bahan untuk buat keropok lekor ialah ikan selayang dan dibentuk bulat-bulat.

Kalau anda datang ke Kuantan,
jangan lepaskan peluang merasa mee calong yang terkenal dalam kalangan penduduk Beserah.

Mudah didapati di gerai-gerai makan yang ada di sana. 

Saya di Bangi ni dah teringat mee calong pulak.

Menyesal tak repeat makan sebelum balik bertolak Bangi.

Dahlah di pantai barat susah nak dapat mee calong.

Gamaknya kalau teringin kena buat sendirilah kot. Haha.

Anda sedang mencari hotel dan resort di sekitar Kuantan? Klik sini >>Hotel dan Resort di sekitar Kuantan<<

No comments:

Powered by Blogger.