Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 26 June 2018

Pengalaman naik river cruise Melaka

Pengalaman naik river cruise Melaka

Semasa percutian kami di Melaka tempohari, antara aktiviti yang sempat kami buat, River Cruise Melaka.

Dari Hotel Arissa tak jauh, ambil masa lebih kurang 10-15 minit untuk sampai ke Jeti River Cruise.




bot Melaka River Cruise


Ada dua jeti iaitu di Muara Sungai Melaka dan Taman Rempah Ratus.

 Kami pergi ke jeti muara Sungai Melaka, berhampiran dengan Muzium Samudera.


Alamat Jeti Taman Rempah

Jalan Tun Mutahir
75300 Melaka

Lokasi Jeti Dataran Muara

Dekat dengan Muzium Samudera dan Hotel Quayside


river cruise melaka



Trip kami waktu tu tak ramai pun,

mungkin kerana dah petang dan kebetulan pula kami pergi
waktu office hour.

Kalau hujung minggu confirm penuh, hehe.

Harga tiket River Cruise Melaka

Pelancong tempatan (dewasa): RM13.00

Pelancong kanak-kanak (2-12 tahun) :RM16.50

Pelancong Luar negara: (12 tahun ke atas ) RM 18.00

Pelancong luar negara kanak-kanak: RM10.00

OKU Dewasa (disabled): RM10

OKU kanak-kanak (diasbled): RM6.50

Warga Emas: RM10

Pelajar IPTA/IPTS: RM10

Kanak-kanak bawah umur 2 tahun: percuma

Waktu operasi

Isnin-Ahad: 9 am- 11.30 pm





harga tiket river cruise melaka
harga tiket

river cruise melaka
salah satu pemandangan di tebing sungai



river cruise melaka
Jeti di Muara Sungai Melaka


Ini kali kedua pengalaman saya menaiki River Cruise Melaka.

Apa yang saya boleh katakan, aktiviti ini sangat menarik

Kerana kita akan melewati dan melihat bangunan- bangunan lama zaman penjajah yang kini dijadikan cafe dan guesthouse,

perkampungan Melayu bersejarah iaitu Kampung Morten, binaan bersejarah seperti jambatan-jambatan lama,

kubu zaman penjajahan Belanda, bangunan Stadhuys, bangunan merah, gereja bersejarah, Masjid Kampung Hulu, Eye on Melaka, kawasan paya bakau dan banyak lagi.



river cruise melaka
Ada banyak guesthouse dan cafe di tepi sungai





Jambatan Old Bus Station dan Eye on Melaka


Kampung Morten

Kampung Morten dikenali sebagai muzium hidup

kerana penduduknya masih mengekalkan cara hidup masyarakat Melayu

yang tidak berubah dan keadaan rumah mereka yang unik dijaga rapi

untuk pameran pelancong dari serata dunia.


kampung Morten yang kita boleh lihat dari dalam bot river cruise

kampung Morten



UNESCO telah mengiktiraf Kampung Morten sebagai salah satu

warisan dunia.



Kampung ini dinamakan Kampung Morten,

bersempena J.F Morten yang banyak memainkan peranan

membina kampung ini, yang sebelumnya merupakan kawasan

paya.




Pengunjung boleh lihat keunikan kampung ini di mana

elemen-elemen tradisional kampung Melayu masih dikekalkan

hingga sekarang.

Pada waktu malam pula, suasana yang meriah

dengan pemandangan lampu-lampu yang berkerlipan di

kawasan ini.




Antara jambatan yang pengunjung akan lihat di sepanjang river cruise

Jambatan Tan Kim Seng (1862)

Jambatan Tan Kim Seng , dibina pada tahun 1862

Jambatan ini diberi nama sedemikian untuk didedikasikan

kepada seorang pedagang yang kaya raya bernama Tan Kim

Seng.




Ia pernah dimusnahkan pada tahun 1942 oleh British kemudian

dibina semula di tempat asal dalam keadaan rupabentuk asal.



Jambatan Chan Koon Cheng (1908)





Jambatan ini menggantikan jambatan asal tahun 1830 yang 

menjadi laluan kapal-kapal melalui Sungai Melaka. 



Jambatan Pasar (1500-1600)





Jambatan ini menjadi penghubung antara penduduk Kampung

Hulu ke Old Central Market,

dibuat dari kayu dan dibina pada zaman penjajahan Portugis



Jambatan Kampung Jawa (1714)

Dibina pada tahun 1714.

Jambatan Kampung Jawa juga digelar sebagai Jambatan Hantu,

kerana mengikut sejarah banyak nyawa terkorban

dan mayat-mayat polis digantung di sekitar jambatan ini

semasa zaman pendudukan Jepun pada tahun 1942-1945.



Dikatakan juga jambatan ini menjadi lokasi beratus-ratus kes

bunuh diri.

Wallahua'lam... menyeramkan juga kisahnya.





Jambatan Old Bus Station



river cruise melaka
Jambatan Old Bus Station




Jambatan ini menghubungkan penduduk dengan bus station

lama.

Bus station ini telah dipindahkan ke tempat lain.

Tak pasti tahun bila jambatan ini dibina.



Jambatan Hang Jebat

Jambatan ini dibina semula pada tahun 2008

menggunakan teknologi styrofoam yang unik



Jambatan Datuk Mohd Zin





Jambatan Kg Morten



Jambatan Kampung Morten





Kubu Belanda Bastion Middleburg




Kubu ini pada asalnya dibina oleh Portugis tetapi setelah kejatuhan Portugis ke tangan Belanda pada tahun 1641,

Belanda ambil alih  pada tahun 1660 dan telah mengubahsuai menjadi lagi besar, kuat dan tebal

dari binaan yang asal.

Setelah kedatangan British, Britih telah merobohkan kubu ini,

dan binaan yang kita nampak pada masa sekarang telah dibina semula oleh kerajaan negeri Melaka

sebagai aset pelancongan dan sejarah untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang.


Gereja St Francis Xavier





Dibina pada tahun 1849.

Dinamakan St Xavier sempena nama St Francis Xavier,
seorang mubaligh sulung (terawal) katolik dari Perancis pada abad ke 16


Kawasan Paya Bakau

Semasa pengunjung menyusuri Sungai Melaka,

pengunjung akan lihat kawasan-kawasan tertentu dengan pokok

paya bakau.



Sungai Melaka yang terletak berhampiran laut,

sememangnya mempunyai kawasan paya bakau, yang

membantu mencegah hakisan di tebing sungai.


Lukisan mural pada bangunan





Pengunjung boleh melihat lukisan mural yang menarik dan unik pada bangunan-bangunan
di tepi Sungai Melaka.








Deretan bangunan lama berciri antik 

Pengunjung yang menaiki river cruise berpeluang melihat deretan bangunan-bangunan lama berciri antik yang wujud sejak abad ke 19, yang kini dijadikan guest house, hotel, muzium dan kedai.

Sungai Melaka laluan kapal pedagang 
zaman dahulu 

Sungai Melaka dahulunya merupakan sungai yang menjadi pusat perdagangan utama.


Kapal-kapal  yang membawa segala macam barang dagangan akan berlabuh berhampiran muara Sungai Melaka.


Kerana itu kita akan lihat gudang lama yang menjadi tempat pengumpulan barang dagangan dan jeti- jeti lama.

Gudang tersebut kini telah dijadikan hotel (Quayside Hotel).



Menyusuri Sungai Melaka membuatkan kita rasa seperti seolah-olah kembali ke zaman lampau.



Anda akan dihidangkan dengan penerangan tentang kisah sejarah yang wujud di sepanjang perjalanan
aktiviti river cruise ini.





No comments:

Post a Comment