Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 14 March 2016

Keindahan Pantai Batu Pelanduk, Kuala Abang, Dungun Terengganu

Indahnya Pantai Batu Pelanduk yang terletak di Kuala Abang, Dungun Terengganu. Masa bujang-bujang dulu, agak kuat berjalan dengan teman serumah. Kami naik satu kereta dan bermusafir sampai Terengganu dan Kelantan. Kebetulan masa tu ada kenduri kahwin kawan rapat kami, jadi ambil peluang ini untuk travel bersama-sama. Sambil-sambil pergi kenduri, jalan-jalan di sekitar Terengganu termasuk Pantai Batu Pelanduk Kuala Abang. Memang cantik tempat ni. Orang-orang yang lalu jalan di antara Kuala Terengganu - Kemaman pasti akan lalu kawasan ini. Dengar cerita ada drama yang buat penggambaran di pantai ini.  Masa kami musafir ni tahun 2012. Dah tak berapa ingat dah jalan cerita travel kami.

Sedikit fakta tentang Pantai Batu Pelanduk

Terletak kira-kira 10km dari bandar Dungun
bersebelahan Rantau Abang yang sangat terkenal dengan tempat penyu bertelur (tapi katanya dah makin kurang penyu datang sini.. huhu sedih, sedih)
Pasirnya putih, bersih dan halus
Air lautnya kebiru-biruan.
Koordinat GPS: 4.827779,103.416367


Sakan gila bergambar tepi pantai. Batu tempat kami bergambar ni terkenal sebagai landmark Pantai Batu Pelanduk. Cuba google nama pantai ni, pasti akan nampak batu ini :)









Di bawah pulak gambar hasil menggoogle


sumber fotowww.visit-terengganu.net

www.travel2malaysia.com.my

Senarai hotel dan chalet berdekatan sekiranya anda berhajat untuk datang melihat keindahan Pantai Batu Pelanduk.


No comments:

Post a Comment