Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 4 July 2018

Masjid Kampung Hulu antara masjid tertua di Melaka

Semasa kami di Melaka, kami sempat singgah ke beberapa lokasi bersejarah yang ada di Melaka. Lokasi bersejarah tersebut wujud sejak zaman Portugis pada abad ke 16 iaitu pada tahun 1511. Ada binaan yang wujud sejak abad ke 16.


Kami tak lepaskan peluang untuk ambil gambar. Yang lebih-lebih excited, suami sayalah sebab dia memang peminat sejarah. Salah satu lokasi yang kami sempat singgah, Masjid Kampung Hulu.





ada beduk tak jauh dari pintu masuk

Masjid Kampung Hulu

Masjid Kampung Hulu terletak di tengah-tengah bandar Melaka, dibina pada tahun
1728b. Punyalah excited nak ambik gambar Masjid Kampung Hulu ni sampai saya terjatuh dan lutut saya berdarah hahaha.

Masjid Kampung Hulu dibina semasa penjajahan Belanda,  mengikut sejarah Belanda mahu membantu penduduk setempat membina rumah ibadat mengikut kaum masing-masing.

Binaan Masjid Kampung Hulu dipengaruhi oleh budaya China di mana jubin seramik dan jubin lantai khabarnya dibawa kerajaan dinasti Ching dan rekabentuknya juga mempunyai unsur-unsur pengaruh China.

Masjid ini masih berroperasi sehingga kini dan dikatakan ia merupakan masjid ketiga tertua di Melaka. Masjid lain yang tertua antaranya Masjid Tengkera dan Masjid Kampung Keling. Ketiga-tiga masjid tertua ini mempunyai rekabentuk yang lebih kurang sama. Memang unik.





2 comments:

  1. Lama masih tersergam masjid ni..kagum...klu berkesempatan nti nak juga singgah ke masjid ni sbb husband pun org Melaka..:)
    salam singgah sini..

    ReplyDelete
  2. ya masih kukuh walaupun dah beratus tahun dibina. terima kasih singgah sini :)1

    ReplyDelete