Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Sunday 8 July 2018

Bangunan Stadhuys lokasi bersejarah di Melaka yang popular

Semasa kami di Melaka, kami sempat singgah ke satu lagi  destinasi bersejarah iaitu bangunan Stadhuys Melaka. Bangunan ini popular dalam kalangan pelancong yang datang ke Malaysia. Bangunan ini dicat merah pada zaman penjajahan Belanda manakala kerajaan negeri Melaka mengekalkan warna merah ini hingga sekarang. Dibina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi pembesar Belanda iaitu gabenor dan timbalan gabenor.

bangunan Stadhuys di sebelah kanan gambar



Jam menara yang kita lihat berdekatan dengan bangunan Stadhuys bukanlah dibina oleh penjajah Belanda tetapi dibina oleh seorang pedagang bangsa Cina pada zaman British. 




Rupa-rupanya bangunan Stadhuys terletak dalam satu kawasan yang dikelililingi oleh tembok kubu dan saki baki kubu tersebut boleh dilihat tak jauh dari bangunan Stadhuys.  Bayangkan kompleks kubu pertahanan tersebut merupakan satu  kawasan yang besar dan menempatkan pelbagai binaan termasuk bukit St Paul tetapi kubu tersebut telah hancur dimusnahkan semasa zaman penjajahan Inggeris. Yang ditinggalkan oleh penjajah British hanyalah pintu gerbang A Famosa.


Ibaratnya kompleks kubu ini seperti kem tentera dikelilingi oleh kubu yang luas.


Kerajaan negeri Melaka Malaysia terjumpa saki baki kubu setelah kawasan ini dikorek. Ini adalah saki baki kubu yang asal.



Ini kubu yang telah hancur sepenuhnya, kemudian kubu ini dibina semula oleh kerajaan negeri Melaka Malaysia.




Di sekitar kawasan Stadhuys kita akan lihat ramai penunggang beca yang sentiasa mempromosikan khidmat mereka. Yang uniknya beca-beca itu dihias dengan sangat cantik beserta lagu yang kuat untuk menarik perhatian pelancong. Ada yang menghias beca mereka dengan tema Hello Kitty dan Froze. Budak-budaklah yang excited pastinya.





No comments:

Post a Comment