Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 4 April 2018

Pengalaman menginap di Hotel Arissa Melaka

Pengalaman menginap di Hotel Arissa Melaka

Selesai makan tengahari, kami terus menuju ke Hotel Arissa Melaka. 

Mula-mula saya ingat hotel ni agak terpencil, hati dah sedikit risau. 

Tak bestlah kalau lokasi hotel terlalu sunyi.  

Rupanya tidak terpencil pun. 

Dia terletak dalam kawasan bandar Melaka juga tapi bukan betul-betul 
di tengah-tengah bandar Melaka yang sibuk dan selalu sesak tu ye.  

Saya tertarik untuk book hotel ni bila dapat tahu rate yang diberikan oleh pengunjung 
di apps hotel tinggi dan 
kebanyakan pengunjung yang pernah bermalam di sini semua menyatakan 
mereka berpuas hati. 

Hotel ini juga termasuk dalam senarai 30 hotel terbaik di Melaka.

pengalaman menginap di Hotel Arissa Melaka



Apa yang menarik tentang Hotel Arissa

Hotel ini berbau harum seakan bau manis mangga di bahagian lobby dan hallwaynya. 

Urusan check in di reception berjalan lancar. 

Yang menariknya, hiasan dalaman di ruangan lobby menarik dan kreatif.

pengalaman menginap di Hotel Arissa Melaka

'[



pengalaman menginap di Hotel Arissa Melaka





Tentang bilik

Apa yang saya boleh katakan, hotel ini harganya sangat berpatutan. 

Harga untuk satu malam saya tempah tidak sampai RM150 untuk satu malam 
termasuk sarapan (pada hari bekerja) dan kami mendapat sebuah bilik 
dengan katil king yang selesa dengan keluasan yang sederhana. 


Tidaklah luas tetapi tidak sempit. 
Ada ruang yang selesa untuk solat  bagi saya dah mencukupi.

ruang kiri dan kanan katil selesa untuk solat




Antara yang disediakan dalam bilik, televisyen skrin rata, kettle, 
minuman 3 in 1, uncang teh dan air mineral, meja tulis, penyangkut baju dan tuala mandi.

Tandasnya bersih tip top! 
Dinding tandas dan shower diperbuat dar kaca yang see through, 

tapi jangan risau sebab ada tirai legap yang boleh diturunkan bila nak mandi. 
Memang tak nampak bayang lansung, ok.

Tandas lengkap dengan set barang-barang mandi yang lengkap 
iaitu sabun, shampoo, berus gigi, ubat gigi dan shower gel.


tabir legap yang boleh diturunkan

ada cermin besar 



Antara kemudahan lain yang ada, WI-Fi dan siaran Astro beberapa rancangan, 
peti ais dan safety box.  Saya sempat tengok episod terakhir drama Melankolia di hotel ini.

pemandangan belakang hotel yang dilihat dari balkoni


Lokasi menarik berhampiran

Walaupun hotel ini tidak terletak di kawasan Bandar Hilir dan Melaka Raya,
 jarak antara hotel dan lokasi menarik seperti Jonker Walk, 

Bangunan Merah Stadhuys, Jeti River Cruise Masjid Kampung Hulu
dan lain-lain tidaklah jauh. 


Kalau naik kereta, dalam 5-10 minit boleh sampai 
kalau tiada traffic jam. Hotel ini menyediakan servis shuttle bus ke Jonker Walk, 
jadi anda tak payah susah-susah drive atau jalan kaki. 

Lokasi-lokasi lain seperti Menara Taming Sari, Mahkota Parade dan lain-lain mungkin ambil masa 15 minit kalau tiada traffic jam.


Lokasi menarik lain yang terdekat

Plaza Hang Tuah: 0.7 km

Jonker Street: 0.8 km

Melaka Clock Tower: 1.1 km

A Famosa: 1.4 km

Eye on Malaysia: 1.5 km

The Stadhuys: 1.2 km


Sarapan pagi

Sarapan di sini sarapan jenis standard

untuk kebanyakan hotel bertaraf dua dan tiga bintang. 

Sarapan yang disediakan sedap dan mengenyangkan.




pinggan saya. yang bulat tu hash brown


Kesimpulannya bagi anda yang sedang mencari hotel di Melaka yang selesa, 
bersih, tenang,

harga berpatutan dan tak jauh dari lokasi-lokasi menarik di Melaka, 
inilah hotel yang cadangkan untuk anda.

Insha Allah tak menyesal, berbaloi dengan duit yang anda laburkan. 

Saya bagi 4.5 bintang dari 5 bintang.


Alamat:

No 2 Jalan Pelanduk Putih
75300 Melaka
Malaysia

Tel: 06-2880303

==========
Jom singgah shopee saya ada koleksi blouse, baju kurung dan pants plus size/normal size Roumaysa


No comments:

Post a Comment