Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 22 January 2018

Pass yang aku guna di Osaka: Kansai Thru Pass

Aku nak cerita tentang pass yang aku dan keluarga aku guna
sepanjang trip kami di Osaka.


Ada 3 pass iaitu Kansai Thru Pass, Osaka Amazing Pass dan Yokoso.


Selain tu kami ada juga guna tiket Nankai Line
untuk perjalanan dari Osaka ke Kansai Airport
dan perjalanan dari Kansai Airport ke Osaka. 


bercuti di osaka guna kansai thru pass

Bila kami beli pass ini, kami dapat dengan sampul yang ada pamplet
menceritakan tentang Kansai Thru Pass
dan aktiviti yang anda boleh buat dengan pass ini.


Memang informative.









Kami beli Kansai Thru Pass dan Osaka Amazing Pass di HIS Malaysia.

Korang boleh walk in dan beli terus di HIS di Bukit Bintang.

Untuk entry ini, aku nak cerita tentang Kansai Thru Pass saja.

Dengan Kansai Thru Pass korang boleh gunakan
untuk ke daerah-daerah dalam Kansai iaitu Hyogo, Kyoto, Nara, Wakayama dan Shiga.

Korang boleh guna untuk naik subway, railway dan subway di daerah-daerah tersebut
tanpa had tapi dalam tempoh yang ditetapkan.

Kansai Thru Pass ada dua jenis iaitu 2day ticket dan 3day ticket.

Harga Kansai Thru Pass

Kami beli 3day ticket yang berharga 5200 yen seorang untuk dewasa
manakala untuk kanak-kanak bermula umur 6 tahun hingga 12 tahun, harganya 2600 yen seorang.

Untuk kanak-kanak bawah 6 tahun percuma.

Oleh kerana anak aku masa tu belum masuk umur 5 tahun,
jadi aku tak perlu bayar apa-apa untuk dia.

Untung jadi budak kecik!

Kami guna tiket Kansai Thru Pass untuk kami ke Nara, Kyoto dan juga Himeji dan Kobe
yang berada dalam daerah Hyogo.

Tapi kami tak ke Wakayama dan Shiga pun sebab tiada dalam perancangan untuk ke sana
(Insha ALLAH mungkin next time).

Peraturan guna

Kansai Thru Pass ni korang boleh guna selang hari atau berturut-turut.

Tapi mesti dalam tempoh yang ditetapkan.

Maksudnya, katakan korang beli 3day ticket.

Korang kena manfaatkan 3 hari tu betul-betul la.

Kalau tak, rugi!

Katakan Isnin korang ke Kyoto, Rabu korang ke Himeji dan Kobe.
Jumaat pula korang ke Nara.

Yang penting 3 hari tau. 2day ticket pun sama juga peraturannya.

Kelebihan

Kelebihan kami beli tiket ni ialah menjimatkan masa kami.
Kami tak perlu beli tiket di mesin tiket setiap kali nak naik subway.

Dan satu lagi, ia unlimited!

Guna dari pagi sampai malam untuk 3 hari tersebut.

Kitorang boleh naik turun train sebanyak-banyaknya yang kami nak naik ahahaha.

Ada sekali tu kami tersilap naik train di Nara, nasib baik ada pass ni.

Kami hanya turun dari train yang silap tu dan tunggu saja train yang betul datang.

Tak payah beli beli tiket lain pun.

Cara Pembelian

Cara pembelian, boleh dapatkan di HQ HIS Travel atau  mana-mana cawangan mereka.


=========================






Dapatkan buku Road to Japan oleh Jack S Adli di link ini Road to Japan Jack S Adli

No comments:

Post a Comment