Tempat solat di Kansai International Airport

Tempat solat di Kansai International Airport




Khas untuk muslimin dan muslimat yang bakal ke Osaka-Kansai. 

Sekiranya anda nak tunaikan solat di airport,
mereka ada menyediakan prayer room tau.

Saya dah pernah pergi sekali, semasa kami nak bertolak ke Malaysia.

Mula-mula memang tak tahu kewujudan tempat solat.

Kebetulan masa nak cari tandas terjumpa signboard prayer room di KIX.




sumber gambar https://www.kansai-airport.or.jp/en/service/other/05.html



Tempat solatnya besar, selesa, kemas dan bersih.

Ada tempat ambil wudhu'juga.

Ruang solat lelaki dan perempuan diasingkan.

Ada 3 lokasi prayer room di KIX


Lokasi:

1. Tingkat 3F terminal 1


2. Balai ketibaan penerbangan antarabangsa, terminal 1 (south wing)


3. Balai ketibaan penerbangan antarabangsa, terminal 1 (north wing)

Maklumat lanjut lokasi prayer room di sini https://www.kansai-airport.or.jp/en/service/other/05.html


Bila kita berada di tempat orang ni, maka jagalah adab kita sebagai pelancong.
  •  Jaga kebersihan
  •  Jangan buat bising
  •  Jaga kekemasan ruang solat. Kemaskan sejadah elok-elok
  •  Elakkan "buat macam rumah sendiri"

Jangan buat macam rumah sendiri tu fahamlah kan maksud saya hehe. 

Alhamdulillah Jepun dah semakin mesra muslim.

Banyak prayer room disediakan.

Jangan segan tanya di Tourist Information Center

Andaikata korang nak jalan ke mana-mana destinasi tourist attraction di Jepun
dan tercari-cari tempat solat,

Jangan ragu-ragu untuk tanya tourist information center.

Nanti diorang akan bagitahu kat mana tempat yang korang boleh solat. 

Saya teringat semasa kami ke Nara,

tak tahu nak solat kat mana. 


Alhamdulillah, staff di tourist information center

sangat membantu dan memang tak sangka rupanya

diorang memang ada sediakan prayer room.

Thumbs up pada usaha mereka ini sebab memahami keperluan pengembara muslim.

Post a Comment

0 Comments