Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 12 December 2017

Persediaan pakaian musim luruh di Osaka


Persediaan pakaian musim luruh di Osaka, pada asasnya cara pemakaian semasa musim luruh sama macam pemakaian di musim bunga.

1. Asas pakaian sama seperti musim bunga

Beberapa minggu sebelum bertolak,  memang kami dah sediakan pakaian khas musim luruh. Biasanya musim luruh kita tak pakai setebal musim winter. 

Kami ada pengalaman musim bunga di Seoul, Korea, jadi kami jangkakan kami akan pakai sama seperti di musim bunga.

Kami pakai 3 lapis baju. Baju sejuk biasa di luar sekali,  dan dua lapisan baju  (t-shirt) di dalam.  Itupun masa tengahari kami bukak selapis sebab rasa berpeluh. Di Seoul waktu itu suhu  18°C maksimum.

Tapi, ada tapinya... baca lebih lanjut di bawah.

2. Sentiasa semak ramalan kaji cuaca dan dapatkan berita terkini tentang cuaca

Last minit kami bawa winter coat!

Tapi, tinggal beberapa hari saja lagi sebelum bertolak, kami dapat berita yang Jepun akan mengalami cuaca sejuk sama seperti musim sejuk bulan Januari. 

Suhu drop sehingga 4°C dan real feel -1°C. Musim luruh tapi sejuk macam winter.

Jadi kami buat keputusan, kami bawa jugalah winter coat yang tebal tu ke Osaka.

Orang cakap, kena prepare for the worstla kan.

Karang tak bawa, nak beli kat sana kan dah tambah satu kerja pulak.

Nak beli lain menjejaskan budget juga.  

Lagipun winter coat memang dah sedia ada kat rumah. 

Winter coat kami guna je yang kami pakai semasa musim sejuk di Beijing beberapa tahun lepas. 

Mak, abah, suami saya dan adik beradik bawa winter coat masing-masing.

Saya je yang tak bawa sebab dah plan nak pakai 3 lapis termasuk baju sejuk jenis wool. 

Baju sejuk jenis wool pun dah boleh menghangatkan badan.

So kalau taknak pakai winter coat pun takpe dengan syarat cukup warm. Ok?

3. Kasut yang sesuai

Pakai kasut bertutup untuk elak sejuk.  Lagipun travel eloklah pakai kasut.

Saya pakai kasut ala-ala sneakers. 

Tak sakitkan hujung jari kaki dan tumit  tapi kasut macamni tak berapa sesuai kalau hari hujan dan jalan berlecak. 

Musim luruh biasanya kerap hujan di sana.

4. Sarung tangan

Ini terpulang pada ketahanan badan masing-masing.  Ada yang tak tahan, bolehlah pakai. 

Sebab cuaca sejuk masa musim luruh ni datang sekali dengan angin.  Angin dia memang sejuk tambahan pulak Osaka kan dekat dengan laut. 

5. Stokin

Stokin elok pakai untuk elak sejuk dan elak sakit kaki.

Bila suhu jatuh bawah 10 darjah, biasanya kami akan pakai dua lapis stokin, terutamanya kalau stokin tu nipis.

Tapi ini juga terpulang. Ada orang pakai kasut bertutup dah cukup warm, jadi tak perlulah pakai sampai berlapis-lapis.


6. Untuk kanak-kanak

Kanak-kanak sebab badan dia tak tahan sejuk, dan mudah tak sihat di musim sejuk,  saya belikan heattech seluar dan baju untuk anak saya. 

Heattech lapisan pertama, t-shirt dan  lapisan luar sekali jacket fleece.

Jacket fleece sesuai dipakai semasa musim sejuk kerana selesa dan material dia yang tebal dan boleh memerangkap haba.


Anak saudara saya dua orang bawah umur dua tahun,  mak diorang pakaikan winter coat yang siap dengan hoodie tu. 

Untuk baby lebih baik tutupkan kepala. Stokin dan sarung tangan jangan lupa pakaikan pada anak kalau suhu terlampau sejuk. 



Anak saya umur  5 tahun pakai jacket fleece. Di bahagian dalam ada long john dan baju sejuk. 

Yang sorang lagi anak saudara umur 1 tahun 6 bulan.  Winter coat siap dengan hoodie, baju sejuk di dalam.





 Saya dengan kakak ipar. Jacket dengan 2 lagi lapisan baju di dalam




persediaan pakaian musim luruh di osaka

Anak saya. seluar kena pakai yang kain tebal sedikit tight nak elak udara sejuk masuk.

 Seluar pun pakai 3 lapis termasuk seluar biasa dan long john.
====================

Dapatkan buku Road To Japan oleh Jack S Adli di sini >>>Road To Japan Jack S Adli<<<


Entry lain tentang travel ke Osaka dan Kansai  >>>Travelog Osaka dan Kansai



No comments:

Post a Comment