Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 17 October 2017

Kedai bundle yang jual baju musim sejuk dengan harga murah

Kedai bundle yang jual baju musim sejuk dengan harga murah. 

Baru-baru ni saya ada pergi ke satu kedai bundle barangan dari Japan. 

Nama outlet ni Jalan-Jalan Japan.  Cawangan ini baru dibuka tak silap saya pertengahan tahun ini, 2017. Terletak di 1Shamelin Mall, Cheras. 

Masuk je kedai, kami terus ke bahagian baju sejuk.

Memang tujuan ke sini pun sebab nak cari baju sejuk untuk musim autumn.

Banyak jugak winter jacket, sweater, cardigan, winter coat dan baju sejuk budak. 









Murah dan condition baju selalunya 70% -80% masih baik.

 Setakat kotor sikit-sikit tu biasalah. Nama pun baju bundle.













Sambil-sambil pilih baju sejuk, saya pusing-pusing sekitar kedai.
Banyak barang lain dijual jugak.

Ada car seat dan stroller harga lebih kurang RM100-RM300.

Ada jugak bag, kasut dewasa, kasut budak, mainan, seluar jeans, kemeja lelaki dan macam-macam lagi.

Khabarnya cawangan lain dapat sambutan hangat.
Ramai juga yang datang membeli belah di sana.

Yang di cawangan 1Shamelin Mall ni pulak,
masa kami datang haritu boleh tahan juga ramai pengunjungnya, walaupun baru saja dibuka.











Jadi kepada sesiapa yang nak cari baju musim sejuk dengan harga murah, datanglah ke outlet Jalan-Jalan Japan di 1Shamelin Mall Cheras.

Alamat

1 Shamelin Mall
Unit L3-032, Level 3A
1 Shamelin Mall, 100, Jalan 4/91
Taman Shamelin Perkasa
56100 Kuala Lumpur, 

Waktu operasi 10.00 a.m-10.00 p.m

No comments:

Post a Comment