Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Tuesday 17 October 2017

Pengalaman mendebarkan lalu jalan alternatif yang dicadangkan GPS.

Pengalaman mendebarkan lalu jalan alternatif yang dicadangkan GPS. 

*Cerita ni bukan tentang cerita hantu ya.  Cakap awal-awal, hehe.

Saya pasti ramai yang travel ke sesuatu tempat  dengan memandu sendiri biasa menggunakan GPS lebih-lebih lagi destinasi yang kita tuju tu kita tak berapa biasa laluannya atau untuk melihat trafik lancar atau tidak. Macam suami saya, kadang-kadang kalau traffic jam yang teruk dia akan minta pertolongan GPS untuk tunjukkan jalan alternatif. GPS ni akan calculate berbaloi tak kalau kita keluar dari traffic jam dan ambil jalan  lain. GPS siap kira kalau dia rasa jalan alternatif tu tak berbaloi untuk kita ikut dari segi penjimatan masa, GPS akan cadangkan kita stay saja dalam traffic jam tu. 




 *Gambar takde kena mengena dengan cerita



Al kisahnya macamni, masa raya haji yang lalu kami pulang dari Taiping menuju ke Bangi. Dari rumah lagi dah tengok traffic jam teruk di highway bermula dari Changkat Jering sampai Sungkai. Jauh tu. Tapi suami cakaplah, nak buat macam mana, redah jelah. Jadi memang suami gunakan khidmat GPS nilah. Kejap GPS suruh kami ikut jalan kampung, kejap dia suruh masuk highway semula, kejap masuk jalan kampung balik. Keluar masuk keluar masuk. Lepastu bila nak dekat sampai Tapah, kami masih di highway. GPS pun suruh kami keluar dan ikut jalan kampung pulak. Jadi jalan alternatif yang dicadangkan ialah di Chenderiang. Bayangkan masa tu jampir jalan 12 malam, kami lalu jalan kampung yang gelap dan pintu dan tingkap rumah penduduk kampung semua bertutup rapat. Rumah penduduk pun jaraknya jauh antara satu sama lain. Kami lalu jalan tepi-tepi bukit batu kapur yang kita akan nampak dari tepi highway. Ala kalau korang lalu highway plus utara selatan, berhampiran Tapah akan nampak bukit batu kapur bersusun sampai Ipoh.

Ok lepas beberapa minit perjalanan, saya semakin suspen sebab rumah penduduk dah tak nampak dah. Yang nampak hanya hutan dan gaung. Gelap gelita toksah cakap. Jalan pulak semakin kecil dan sempit. Sekali sekala terlanggar ranting-ranting pokok. Saya tak henti-henti selawat semoga perjalanan kami ni tiada apa-apa yang berlaku. Lepastu boleh pulak terserempak dengan beberapa kumpulan lembu. Bayangkan jalan tu dah sempit, ada pulak lembu lepak. Besar-besar pulak. Syukur sangat lembu-lembu tu tak block jalan. 

Memang saya komplen dengan suami, risau lalu jalan tu. Tapi suami cakap, takpe tawakkal je. 

Lama jugak kami ikut jalan tu. Rasanya lebih 30 minit. Di belakang kereta kami ada kereta adik ipar. Dan belakang kereta adik ipar ada beberapa biji kereta lagi dengan no plat Kuala Lumpur. Kemungkinan mereka pun menggunakan GPS dan dapat cadangan yang sama oleh GPS. 

Alhamdulillah akhirnya sampai juga jalan besar, lepastu kami masuk highway semula. Jam pun dah clear. 

Sebenarnya sebelum ni pun pernah juga lalu jalan alternatif  yang sunyi sepi semasa perjalanan kami dari Kuala Terengganu ke Taiping. Jalanraya waktu tu memang jam teruk.  GPS bagi cadangan kami lalu jalan alternatif, jalan kecil di tengah-tengah kebun getah. Nasib baik siang. Kalau malam, seram wei.


Tips untuk lalu jalan alternatif

  • Kalau boleh elakkan berjalan waktu hampir tengah malam. Kalau jalan alternatif tu ok , banyak kereta takpe. Dibuatnya dia cadangkan jalan yang entah apa-apa, risau juga kan. Tengah malam orang semua dah tidur. Susah nak minta tolong kalau apa-apa berlaku. Dahlah pandangan mata pun terhad bila waktu malam.
  • Kalau konvoi beberapa kereta contohnya dengan saudara mara ke, takpe kalau nak lalu jalan alternatif di tengah malam. Taklah rasa risau sangat kan. Kita tak tahu apa yang menanti di hadapan.
  • Isi minyak penuh-penuh. Mana tahu jalan alternatif tu tiada stesyen minyak terdekat atau kalau ada sekalipun stesyen dah tutup. Yelah, stesyen yang terletak di ulu-ulu ni bukannya buka 24 jam. 
  • Banyakkan berdoa, berzikir dan pasanglah ayat al Quran dalam kereta. Bukan apa, malam-malam macamtu, ada benda lain pulak mengikut karang. Dahlah kita lalu di tengah hutan belantara.

No comments:

Post a Comment