Ads Top

Naracards Seoul Set

Pengalaman menginap di Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson

Beberapa minggu lepas, saya dan keluarga direzekikan menginap di Avillion Admiral Cove.

Dah lama berkenan dengan hotel ini dan memasang angan-angan untuk menginap di sini.

Maklumlah harganya agak sedikit mahal dari hotel lain. Jadi saya cakaplah dengan abah, nak kongsi bayar boleh tak?


Maklumlah yang banyak duitnya bukan saya... abah  kan orang berpencen. Nak dibandingkan dengan saya suri rumah biasa ni, kena kumpul duit dululah.

Alhamdulillah abah setuju, tong-tong untuk menginap di sini. Doakan lepas ni saya banyak duit supaya boleh sponsor full untuk family saya. Hehe.

Saya, emak, abah, anak dan adik perempuan saja yang join trip percutian ni. Suami dan adik beradik lain ada hal, maka diorang tak dapat join sekali.

Ok jom cerita tentang bilik. Saya book di Agoda untuk bilik premium. Bila sampai di bahagian kaunter check in, rupa-rupanya bilik yang saya tempah tu tak mengadap sea view.

Kalau nak mengadap sea view kena tambah duit sikit lagi. Lepas bincang dengan semua, kami setuju untuk top up duit. Yang penting dapat sea view yang supercantik tu.











Alhamdulillah dapat bilik yang sangat strategik. Boleh nampak seaview  dan marina dengan jelas. Masya Allah, pemandangan indah yang menenangkan dan sejuk mata memandang. Sungguh tak jemu mata memandang.

Dalam bilik ada satu katil king dan satu sofabed. Memang sangat muat dan sangat selesa untuk kami 4 dewasa dan 1 kanak-kanak.

Abah tidur kat sofabed, manakala kami orang perempuan semua tidur di katil. Sofabed dia punyalah selesa, dan boleh muat untuk satu orang dewasa dan 1 kanak-kanak.

Nama je sofabed tapi dia macam katil supersingle. Nak bagi lagi luas, alih kusyen dua ketul tu letak tepi. Taraa, dah jadi macam katil.







Dalam bilik ada satu televisyen lcd, kettle, mug dua biji dan set 3 in 1. Ada sinki jugak. Tak payah masuk dalam toilet untuk cuci mug dan pinggan mangkuk. Sangat convenient. Tentang keluasan bilik, bilik memang luas. Boleh lumba lari lagi dalam bilik. Hahaha.

Esoknya tu kami sarapan pagi di hotel. Alhamdulillah banyak pilihan makanan dan mengenyangkan. Cuma waktu kami datang tu, ornag agak ramai dan epru tunggu giliran untuk masuk ke cafe.

Di hotel ini, kalau pengunjung nak bersiar-siar, boleh pergi bahagian tempat parking kapal layar mewah, berhadapan dengan kolam renang. Kolam renang dia pun agak besar. Ada bahagian kanak-kanak dan dewasa.





Overall kalau tanya  saya, best ke menginap di Hotel Avillion Admiral Cove?

Jawapan saya, best, saya sangat berpuas hati. Kalau ada rezeki lebih boleh datang menginap di sini lagi.

Untuk anda yang bercadang menginap di hotel ini, saya cadangkan tempah di Agoda atau Booking.com melalui apps Shopback. 

Kalau anda tak pernah lagi menempah melalui di Agoda  atau Booking.com di Shopback, inilah masanya untuk berbuat demikian.

First sign up dapat RM5, dan setiap tempahan akan dapat cashback. Berapa cashback yang dapat tu bergantung kepada percent yang diberikan oleh pihak Shopback. Ada rezeki boleh dapat sehingga 30% cashback.

First sign up akan dapat RM5 sebagai welcome bonus.


Ini earnings saya hasil buat tempahan di Agoda. Best ke best?




Klik sini untuk sign up ShopBack >>>Sign up ShopBack<<<

No comments:

Powered by Blogger.