Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 8 July 2019

Kampung Jambu Bongkok yang indah permai

Beberapa bulan lepas saya dan keluarga bercuti di sebelah Pantai Timur iaitu di Chukai Kemaman dan Dungun.

Dah lama sangat memasang hasrat nak bercuti di belah-belah Pantai Timur. Asik asik Port Dickson, Melaka, Selangor. Jemu jugak.

Perjalanan ke Chukai mengambil masa selama lebih kurang 4 jam.  Kami bertolak sebelum zuhur dan sampai di Chukai lebih kurang jam 6 petang. 

Kami menginap di hotel  Riverine Garden 1 malam dan Hotel UITM Dungun 1 malam. Tidaklah lama berada di Terengganu. 

Kenapa pergi area Kemaman dan Dungun je?

Kalau ikutkan hati memanglah kalau boleh nak ke Kuala Terengganu jugak. Tapi jarak antara Dungun ke Kuala Terengganu tu jauhnya boleh tahan.  

Oleh kerana tu saya ajak jugaklah suami ke Kampung Jambu Bongkok. Kampung ni bawah sikit dari Kuala Terengganu dan terletak di daerah Marang. Kampung ini memang masuk dalam wishlist saya, untuk jejak kaki ke sini. 

Keindahan Jambu Bongkok selalu disebut-sebut orang dan sesuai sangat dijadikan lokasi photo shooting. 

Banyak juga syarikat produksi filem dan drama berlakon di kampung ini. Antaranya drama Sein dan Luna, dan drama Zahir tak Terucap. Kedua-duanya disiarkan di TV3. Sebab saya tengok drama inilah yang saya terasa teringin nak datang sendiri ke sini. Tengok dalam drama pun dah jatuh cinta.

Apa yang menarik ialah background kampung nelayan yang dipenuhi pokok-pokok kelapa dan Laut China Selatan yang membiru. Memang magnificient view. 

Anda kena datang sendiri dan lihat dengan mata kepala bagaimana indahnya kampung ini. 

Sebenarnya Kampung Jambu Bongkok bukanlah satu-satunya  Kampung Nelayan yang mempunyai pemandangan seperti ini.

 Setahu saya antaranya Kampung Nenasi yang terletak di Rompin Pahang, Kampung Penarik di Setiu, Kampung Seberang Marang, Marang, dan Kampung Nelayan di Cherating  dan Teluk Ramunia. 

Mari saya belanja gambar-gambar yang saya sempat ambil semasa di Kampung Jambu Bongkok. 



Ini lorong nak masuk  ke Kampung Jambu Bongkok. Dari jalan besar ada banyak lorong kecil. Boleh masuk ikut mana-mana lorong. Nak datang sini kena pakai GPS atau waze. 













Kami tak dapat berlama-lama di sini pun. Sebab waktu tu dah pukul 6 lebih. 

Terengganu pun cepat gelap bila nak masuk waktu maghrib. Insha Allah kalau ada rezeki dan kesempatan masa boleh datang lagi. 

No comments:

Post a Comment