Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Wednesday 13 July 2016

Tudung kanak-kanak murah dari Tudung Si Comel. Memang puas hati

Tudung kanak-kanak murah dari TudungSiComel. Baru-baru ini sempena Syawal saya ada membelikan anak saya sehelai tudung dari butik online Tudung SiComel, memandangkan minatnya yang terlalu mendalam terhadap tudung. Haha. Yelah selama ni duk pakai tudung saya saje, tapi tak padan dengan badan dia yang kecik molek tu. Bayangkan nak pergi kedai pun nak pakai tudung saya. Kalau pakai habislah meleret ok. Hahaha

  Masya Allah cantik-cantik dan harganya murah. Rambang mata ok. Lepastu saya pun pilih tudung yang nampak paling comel dan paling cantik di mata saya yang sesuai untuk anak saya yang sukakan benda-benda comel seperti ribbon dan warna kesukaan dia iaitu warna pink. Pilih punya pilih, saya berkenan dengan tudung jenama Manja Ummi.





Bila dah sampai ke tangan, anak saya dah tak menyabar-nyabar nak pakai. Jadi belum sempat raya dia dah rasmikan pun. Bukan setakat tu, hampir setiap masa nak pakai tudung dia ni. Sampaikan bila saya nak basuh saya terpaksa sorok dulu. 

Tengoklah main bola dengan mak saudara dia pun masih nak pakai tudung.






Yang bestnya tudung nampak kemas saja dan tak susah untuk dipakai. Hanya sarung sekali saja dan siap! Tak meleret dan tak perlu dililit-lilit. Mudahkan? Dengan awning lembut, kanak-kanak yang pakai akan rasa selesa.  Saya sangat rekemen tudung kanak-kanak dari TudungSiComel sekiranya anda berhajat mencarikan tudung untuk anak anda. Harga pun murah, affordable Insya Allah.  Selain jenama Manja Ummi ada banyak lagi jenama dengan warna dan design yang menarik di website mereka. 


Bagaimana nak order? Kunjungi website mereka di sini





No comments:

Post a Comment