Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 18 July 2016

Keindahan Kashmir dalam filem Bajrangi Bhaijan

Baru-baru ni TV3 menayangkan filem Bajrangi Bhaijan yang menang macam-macam award. Memang viral kat FB tentang filem ini. Saya dah tengok juga. Fuhh memang best filem ni. Sarat dengan nilai-nilai kasih sayang.

Mula-mula saya ingat filem ini dilakonkan di India dan Pakistan, rupanya di Delhi dan di kawasan pergunungannya di Kashmir India. Bukan di Pakistan ye. Takpelah kan.. yang penting pemandangannya sangat cantik. 





Jom cuci mata tengok gambar-gambar pemandangan indah di Kashmir. Masya Allah. Kat dunia sangat cantik, apatah lagi pemandangan di syurga.









Sedikit sinopsis tentang Bajrangi Bhaijan


Filem ini mengisahkan tentang seorang anak kecil yang bernama Shahida yang bisu, berasal dari Pakistan. Oleh kerana masalah bisu yang dihadapi Shahida, ibu bapa buat keputusan nak bawa Shahida ke India untuk berdoa (mereka ni Syiah, huhu).

Masa on the way nak balik ke Pakistan naik train, mak Shahida tertidur. Masa emak Shahida tertidur tu, Shahida tertengok anak kambing. Dia ni memang peminat anak kambing nombor 1 (maklumlah anak kambing kan comel). Shahida turun train (masa ni train tengah berhenti sekejap) dan pergi pada anak kambing tu. Masa tengah leka main dengan anak kambing, train pun bergerak semula. Shahida dahlah bisu. Mana ada suara nak jerit kuat.  Kejar punya kejar, memang tertinggal train jugak akhirnya. Emak dia memang tak sedarlah sebab tengah tidur.

Lepastu train melepasi border Pakistan pun. Maknanya Shahida dah terpisah dengan emak dia. Tiba-tiba ada satu train lain lalu, dia pun naik train tu. Train tu rupanya menuju ke New Delhi. 


Masa di New Delhi, Shahida terjumpa Pawan/ Bajrangi (Salman Khan), penganut agama hindu yang sangat taat pada agama dia. Pawanlah yang jagakan Shahida, bawa dia balik rumah sebab Shahida ni takde sape-sape. Takde tempat tinggal. Pawan bagi nama Munni pada Shahida sebab dia tak tahu nama sebenar Shahida. Shahida kan tak boleh cakap. 

Pawan ni jugak baik dan lurus bendul sangat, hahahah. Memang gelak guling-guling tengok kelurusan si Pawan ni especially masa part pulangkan baki duit Rasika (Kareena Kapoor).

Dipendekkan cerita,  ayah Rasika dah bising-bising suruh hantar Shahida balik Pakistan. Pawan buat keputusan nak hantar balik Shahida ke Pakistan melalui travel agency.

Nasib baik, Pawan dapat tahu travel agency tu sebenarnya nak jual Shahida pada rumah pelacuran. Apa lagi mengamuklah Pawan. Pawan memang sayang sangat kat Shahida ni. Dia anggap macam anak sendiri. 

 Lepas peristiwa trave; agency terkantoi tu, Pawan buat keputusan nak hantar sendiri Shahida ke Pakistan sebab dia dah tak percaya pada sape-sape lagi. Dia pergi sendiri tanpa visa, tanpa passport. 


Masa nak Shahida ke Pakistan tulah macam-macam peristiwa berlaku. Ada part sedih sampai berlinang air mata tengok especially part Pawan kena belasah teruk dengan pihak berkuasa Pakistan. Ada satu lagi scene yang saya rasa sayu sangat, part rakaman video tersebar viral di India dan Pakistan. Ada juga part kelakar gila. part yang Chand Nawab (wartawan), Pawan dan Shahida berlakon jadi suami isteri dan anak. Masa ni Pawan pakai purdah dan jubah hitam.  Terpaksa berlakon jadi isteri Chand Nawab. Hahaha. Kelakar :D


Akhirnya setelah macam-macam ujian dan dugaan yang Pawan, Chand Nawab dan Shahida lalui, akhirnya Shahida reunite dengan mak dia. Masa ni pun bergenang air mata tengok. Berbaloi dengan segala keringat darah dan air mata mereka yang susah-susah nak hantar Shahida balik kampung dia semula. 

Kesimpulannya filem ni memang best walaupun memang ada banyak juga part yang saya tak setuju. Takpelah ambik mana positif. Mana yang tak sedap tu fikirlah dan renunglah dengan mata hati dan iman. Bagi sesiapa yang belum tengok, silalah tengok. Anda pasti jatuh cinta dengan jalan cerita dia.

2 comments:

  1. pernah tgok masa awal thn dulu..
    tgk online, tak ada subtitle pun boleh menangis smpi lencun baju..
    kalau paham, lagi la sedey T_T

    yg aamir khan je belum tgok lg..

    ReplyDelete
  2. memang boleh nangis tengok filem ni.. huhu

    ReplyDelete