Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 13 July 2019

Pengalaman menginap di Hotel Riverine Garden, Chukai Kemaman

Semasa kami bercuti di Kemaman tempohari, kami menginap di Hotel Riverine Garden yang terletak di bandar Chukai.

Hotel ini terletak mengadap sungai Kemaman.




Kami sampai di hotel lebih kurang pukul 6. Kami parking di bahu jalan bersebelahan hotel. Mujur ada parking kosong. Tiada parking khas disediakan untuk tetamu hotel tapi tetamu boleh parking di tempat letak kereta awam di seberang jalan dan di sekeliling hotel.

Lepas check in, rehat sekejap, solat asar dan kemudian bersiap-siap untuk cari makan.  Sebelum check in kami sempat singgah di kopitiam Hai Peng yang terkenal di Chukai. Tak jauh pun dari hotel. Jalan kaki je dah boleh sampai. Kami order kopi peng ais dan milo ais.

Hotel ini tiada menyediakan lift. Hanya ada tangga. Tapi hotel ini tidaklah tinggi sangat. Kalau tak silap ada 3 tingkat termasuk ground floor.



Basic amenities seperti jug air untuk ambil air di water purifier luar bilik, minuman 3 in 1, mug, air mineral, shampoo, sabun, peti ais, penghawa dingin, tv flat screen.


Bilik kami dua katil single. Sengaja ambik katil single. Boleh cantum. Kalau ambik yang katil queen, tak muat untuk kami bertiga.

Depan hotel boleh nampak sungai Kemaman. Boleh nampak bot nelayan lalu lalang. Ada juga playground dan taman. Tapi kena melintas jalan.







Breakfast tak disediakan. Tapi jangan risau, banyak kedai makan di bandar Chukai.

Di Chukai takde speedmart tapi ada 7 eleven. Malam lepas makan malam kami singgah seven eleven beli roti dan air mineral botol besar. Rupa-rupanya di Pantai Timur memang takde Speedmart, termasuk di Kuantan, Terengganu dna Kelantan. Paling dekat pun ada di Temerloh.

Overall untuk hotel budget, saya suka dan puas hati dengan hotel ini. Lokasi baik, kebersihan ok, keselesaan ok. Mungkin kalau datang Chukai sekali lagi saya akan menginap di sini.

Boleh booking di sini Riverine Garden Hotel


No comments:

Post a Comment