Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 15 July 2019

Keindahan Pantai Kemasik, Kemaman Terengganu

Alang alang ke Kemaman dan Dungun, dalam perjalanan pulang kami singgah ke Pantai Kemasik, yang terletak di Kemaman.  Sebenarnya tak rancang pun nak ke sini, tapi Sumayyah request nak main pasir, kami singgah jugaklah.

Saya pulak selama ni tak kisah sangat pasal Pantai ni. Selalu nampak post-post viral di FB, tapi tak ambik kisah sangat.

Sampailah bila nampak dengan mata kepala sendiri. Masya Allah, cantiknya Pantai Kemasik.



Airnya biru jernih,pasirnya memutih Kemudian ada pulak  beberapa bukit kecil di sekitar pantai ini.




Masa kami sampai, waktu tu jam 3 petang. Pantai ini agak panas memandangkan tiada pokok-pokok rimbun yang meneduhkan kawasan sekitar, tak seperti Pantai Teluk Mak Nik yang penuh dengan pokok rhu.

Tapi takpe. Pantai Kemasik memang cantik dan sangat sesuai dijadikan lokasi photoshooting.

Lebih kurang 1 j duduk di pantai, kami beransur pulang kerana hujan hampir turun. Langit dah gelap, tunggu masa je nak hujan lebat.

Anda beberapa gerai yang menjual kudapan seperti cendol, abc dan goreng-goreng.

Oh ya, tak jauh dari Pantai Kemasik ini ada Zoo Kemaman. Kami tak singgah pun. Next time la kot Insha Allah

No comments:

Post a Comment