Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 24 September 2018

4 hotel di Port Dickson yang ada kolam peribadi dalam bilik penginapan

4 hotel di Port Dickson yang ada kolam peribadi dalam bilik penginapan.

Saya pernah bersembang-sembang dengan seorang rakan tentang hal-hal travel dan percutian.

Dia cakap, dia tak kisah sama ada tempat peranginan tu ada laut atau tak,
bagi dia yang paling penting resort atau hotel ada kolam renang.

Disebabkan saya pernah senaraikan hotel di Port Dickson yang ada kolam renang,
kali ni saya nak senaraikan hotel yang menyediakan kolam peribadi pula

Kolam peribadi ni maknanya dalam bilik penginapan kita ada kolam sendiri.
Jadi tak payah susah-susah keluar bilik bersiap pakai baju lengkap untuk mandi manda.


1. Grand Lexis Port Dickson



hotel ada kolam dalam bilik




Grand Lexis merupakan sebuah resort bertaraf 5 bintang. 

Ini hotel yang tak perlu saya perkenalkan dengan terperinci. 

Kebanyakan dari kita tahu yang Grand Lexis ada kolam renang peribadi. 
Setiap bilik penginapan pula luas, dan ada dua katil yang besar.

Kalau bercuti di sini, memang sesuai sangat bawa anak-anak, adik beradik atau rakan-rakan. 
Setiap bilik maksimum boleh memuatkan maksimum 6 orang.

Grand Lexis Port Dickson antara hotel yang selalu penuh setiap kali musim cuti sekolah.

Setahu saya, jika berminat nak menginap di sini, tempahan perlu dibuat awal kerana harga bilik akan 
menjadi sangat mahal sekiranya menempah di saat-saat akhir, di waktu puncak seperti cuti panjang dan cuti sekolah.

Untuk tempahan  di Trip.com





2. Lexis Hibiscus


hotel ada kolam dalam bilik penginapan







Ini salah satu hotel yang harganya agak tinggi, tetapi tidak menghairankan kerana ia bertaraf 5 bintang. 

Namun sekiranya anda nak bawa anak-anak bercuti apa salahnya kan. 
Setahu saya, hotel ini sangat menarik kerana lokasinya yang dibina di atas laut.

Susunan setiap bilik juga menarik kerana berbentuk seperti bunga raya jika dilihat dari udara.

Selain water chalet, resort ini juga mempunyai bilik di dalam tower .

Walaupun harga biliknya agak tinggi, hotel ni selalu penuh tau. Jadi sekiranya anda berminat untuk bermalam di sini, tempah lebih awal.

Boleh klik link ini untuk tempahan di Trip.com  >>>Lexis Hibiscus Port Dickson<<

Atau beli voucher percutian di sini Lexis Hibiscus


3. Tasik Villa International






Hotel ini terletak di Lukut dan agak jauh dari pantai, namun tarikan yang ada di sini ialah ia mempunyai bilik yang menyediakan kolam peribadi. Harganya juga berpatutan. 

Selain kolam peribadi, pengunjung boleh mandi manda di kolam renang yang lebih besar di bahagian luar rumah.

Untuk percutian keluarga, pada pandangan saya resort ini sangat sesuai kerana keluasannya. 

Untuk tempahan di Tripdotcom, boleh klik link ini  Tasik Villa International Resort 

Atau beli voucher percutian di sini Voucher Tasik Villa International.


4. Seri Menanti Suite dan Seri Menanti Junior Suite di Pacific Regency Beach Resort Port Dickson.

Di Pacific Regency Beach Resort Port Dickson, hanya bilik jenis ini sahaja yang mempunyai kolam renang peribadi. Pool di Seri Menanti Suite lebih panjang dari Seri Menanti Junior Suite. Boleh berlatih di sini kalau masuk  acara sukan renang. haha!


Tempah online di Trip.com di link ini Pacific Regency Beach Resort atau beli voucher percutian di sini Pacific Regency Port Dickson



No comments:

Post a Comment