Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 16 August 2018

Singgah Pantai Puteri, Tanjung Kling Melaka

Semasa dalam perjalanan balik dari Bandar Hilir, Melaka menuju ke Seremban, kami melalui Tanjung Kling untuk melihat kawasan pantai, yang kami jarang lalu. Selalu kalau pergi Melaka memang direct terus lalu highway, memang jaranglah lalu kawasan tepi  pantai.




Tanjung Kling terletak dalam daerah Tangga Batu, kawasan padat dengan  penduduk Melayu. Di sini ada komuniti penduduk yang bekerja sebagai nelayan, malah ada pasar nelayan juga tempat penduduk sekitar membeli ikan segar.



Tanjung Kling juga satu daerah di mana terdapatnya makam Hang Tuah. Kami hanya melewati kawasan di mana terletaknya makam Hang Tuah. Tak berkesempatan untuk melihat lebih dekat kerana kesuntukan masa. 

Pantai Puteri merupakan sebuah kawasan peranginan popular yang terkenal dalam kalangan penduduk Melaka, yang terletak di Tanjung Kling.  Sebelum datang ke sini, saya dapat maklumat Pantai Puteri bersih dan cantik. Bila saya datang sendiri ke sini, memang benar seperti yang diperkatakan orang.





Pantainya dipenuhi pokok-pokok rhu yang membuatkan kawasan sekitarnya kelihatan redup. Di tepi-tepi jalan ada banyak rumah penduduk yang bercirikan rumah melayu Melaka. Di kejauhan nampak pusat penapisan minyak. Pada waktu malam, pasti nampak meriah dengan lampu-lampu yang berkerlipan yang datang dari  sana.









Sekiranya anda ingin bercuti di Pantai Puteri, ada  banyak hotel dan chalet yang berdekatan, antaranya Hotel Pantai Puteri dan Puteri Qashrina Chalet.

No comments:

Post a Comment