Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 10 August 2018

Bersiar-siar di laluan pejalan kaki tepi Sungai Melaka

Bersiar-siar di laluan pejalan kaki tepi sungai Melaka. Satu aktiviti yang kita boleh buat jika datang ke Melaka ialah berjalan di laluan pejalan kaki yang disediakan di tepi Sungai Melaka. Anda boleh lihat dengan lebih dekat bangunan yang ada sini serta keunikannya.




Bangunan-bangunan lama di tepi Sungai Melaka ini dikatakan bangunan asal yang wujud sejak zaman dulu lagi. Ada bangunan rumah kedai yang bercirikan budaya baba dan nyonya yang kini dijadikan hotel atau guest house. Ada juga yang dijadikan kedai kopi. Sambil minum kopi dan melihat suasana bot river cruise dan orang lalu lalang, memang pengalaman yang unik. Ada bangunan yang dihiasi dengan street art.









Laluan pejalan kaki di tepi Sungai Melaka boleh dikatakan bersih dan tiada kelihatan sampah sarap bertaburan. Di sini juga banyak gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman seperti cendol, abc dan buah-buahan.



Sekiranya anda mencari hotel di tepi Sungai Melaka, ada banyak hotel dan guesthouse di tepi sungai Melaka.  Anda boleh mencuba menginap di Hereen Guest House, Wayfarer Guest House, RC Hotel, Casa Del Rio dan Quayside Hotel.



No comments:

Post a Comment