Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 24 August 2018

Mengunjungi Pantai Klebang yang popular di Melaka

Satu lagi pantai yang kami singgah di Melaka ialah Pantai Klebang. Pantai Klebang tak jauh dari Bandar Hilir.

Sebelum ni pernah juga saya singgah Pantai Klebang untuk menikmati coconut shake yang popular di sana. Memandangkan kali ini kami datang ke Pantai Klebang pada hari bekerja, suasana di sana kelihatan sangat lengang. Sangat berbeza dengan suasana beberapa tahun lepas. Saya tak pasti adakah suasana lengang pada hari kami datang ke sana disebabkan oleh hari tersebut bukan hari hujung minggu atau disebabkan oleh Pantai Klebang memang sudah tidak sepopular dulu. Dulu ada Bustel yang menjadi tarikan pengunjung di sini. Sekarang Bustel sudah tiada dan ini menyebabkan kawasan Pantai Klebang kelihatan suram.





Kami tercari-cari gerai makanan yang ada di Pantai Klebang. Tak banyak gerai yang  beroperasi. Kami pilih gerai yang ada menjual asam pedas. Mak dan abah saya order nasi putih serta asam pedas, manakala saya order soto.

 Saya sempat juga menikmati asam pedas gaya Melaka. Sedap juga ya. Asam pedas Melaka menggunakan kerisik, dan ini membuatkan asam pedas Melaka agak pekat berbanding asam pedas biasa. Saya teringin juga  nak merasa coconut shake, malangnya tidak dijual digerai ini.







Untuk pengetahuan pembaca, Pantai Klebang merupakan kawasan pantai yang ditambak. Kerana itu kita dapat lihat pasir yang memutih di Pantai Klebang.




Sebelum balik saya sempat juga mengambil beberapa keping gambar untuk saya kongsi di blog ini. Tidak dapat berlama-lama di kawasan pantai kerana matahari terlalu terik. Lepas makan tengahari dan ambil gambar, kami bertolak pulang ke Seremban.



No comments:

Post a Comment