4 hotel di Pantai Cenang Langkawi yang selesa untuk percutian keluarga

Pantai Cenang selalu menjadi pilihan keluarga saya sekiranya kami ingin bercuti di Langkawi. Kerana di sana banyak penginapan yang harganya berpatutan dan sesuai untuk budget kami. Tambahan pula, lokasi Pantai Cenang sangat strategik di mana kami mudah untuk mencari kedai makan, kedai runcit, mesin atm,  membeli cenderahati dan menikmati pemandangan pantai sambil mandi manda  di sana. Di sini saya senaraikan hotel dan penginapan yang ada di sekitar Pantai Cenang yang mendapat markah tinggi di Agoda. Markah ini bukan diberikan oleh Agoda tetapi diberikan oleh pengunjung-pengunjung yang pernah bermalam di hotel-hotel tersebut. 



1. Cenang Beach Plaza Hotel




Penginapan yang sesuai untuk keluarga. Hanya 140 meter untuk ke pantai. Ia merupakan hotel 2 bintang yang mendapat rate 8.4 di Agoda, iaitu sangat hebat oleh pelancong-pelancong yang pernah menginap di sini. Mempunyai bilik yang selesa lengkap dengan penghawa dingin. Anda tidak perlu risau dengan makanan kerana terdapat banyak kedai makan dan restoran makanan segera berhampiran dengan hotel ini. Restoran Pizza Hut hanya berada di bawah hotel.

Untuk tempahan anda boleh ke pautan ini >>Cenang Beach Plaza<<


2. Nadias Hotel Pantai Cenang







Nadias Hotel Pantai Cenang merupakan hotel 3 bintang yang mendapat rate 8.2, iaitu sangat hebat di Agoda dari pengunjung-pengunjung yang pernah menginap di sini.

Dilengkapi kolam renang tertutup dan kolam renang untuk kanak-kanak, bilik yang selesa dan dilengkap wifi di semua bilik, kedai runcit yang terdapat dalam kawasan hotel juga pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam. Anda akan mendapat sarapan percuma sekiranya menginap di Nadias Hotel Pantai Cenang.

Untuk tempahan di Agoda, anda boleh pergi ke pautan ini >>Nadias Hotel Pantai Cenang<<.


3. Best Star Resort






Terletak betul-betul berhadapan dengan Pantai Cenang, anda boleh bermalam ditemani dengan bunyi deruan ombak yang mengasyikkan. Terdiri dari 115 buah bilik yang dilengkapi wifi, televisyen skrin rata, penghawa dingin dan kolam renang yang terletak di kawasan penginapan.  Resort 3 bintang ini mendapat rate di Agoda sebanyak 7.0 iaitu sangat bagus oleh pengunjung-pengunjung yang pernah menginap di sini.

Untuk tempahan di Agoda, anda boleh ke pautan ini >>Best Star Resort<<


4. Paretto Seaview Hotel




Hotel 2 bintang ini terletak di tengah-tengah Pantai Cenang dan mendapat rate setinggi 7.6 iaitu sangat bagus di Agoda oleh pengunjung-pengunjung yang pernah bermalam di sini.

Terdapat 35 buah bilik yang dilengkapi Wi-FI, tempat letak kereta dan perkhidmatan penghantaran ke lapangan terbang. 

Pengunjung boleh menikmati sarapan percuma apabila menginap di sini.


Untuk tempahan, anda boleh ke pautan ini >>Paretto Seaview Hotel<<


Walaubagaimanapun, selain hotel yang tersenarai di atas sebenarnya masih banyak hotel lagi yang menyediakan kualiti perkhidmatan yang baik. Saya hanya senaraikan sebahagian sahaja. Insha Allah senarai ini akan dikemaskini lagi pada masa akan datang.




No comments

Powered by Blogger.