Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Monday 18 December 2017

Tips bawa anak umur 2 tahun ke atas naik flight jarak jauh

Tips bawa anak umur 2 tahun naik flight jarak jauh.



sumber: www.pexels.com


Saja nak kongsikan tentang umur 2 tahun ke atas pulak. Bukan tips bawa bayi saja yang ada tau. Nak bawa kanak-kanak pun ada tips. Bagi saya jarak jauh tu perjalanan melebihi 2 jam.

Berdasarkan pengalaman saya naik flight ke Osaka yang tak seberapa ini, insha Allah saya nak kongsikan tips bila nak bawa anak umur 2 hingga 6 tahun naik flight jarak jauh.

Perjalanan ke Osaka mengambil masa lebih kurang 6 jam lebih (hampir 7 jam).


1. Buat pre-book meal supaya nanti masa menunggu untuk menjamah hidangan dalam flight tidak terlalu lama. Dan kita yang buat prebook meal confirm akan dapat dulu.

2. Alas perut anak sebelum bertolak. Jangan biarkan perut dia kosong. Kalau nak tunggu in-flight meal, biasanya agak lambat sebab cabin crew nak selesaikan macam-macam urusan sebelum in-flight meal boleh dihidangkan

3. Bawa anak buang air kecil dulu siap-siap sebelum naik flight supaya dia rasa selesa kerana dalam flight biasanya ramai yang menggunakan toilet dan kita perlu beratur tunggu giliran. Waktu take off atau ada turbulence pula kita tak dibenarkan guna toilet.


4. Bawa mainan atau buku cerita. Jadi anak taklah bosan sepanjang dalam flight. Adalah aktiviti yang dia boleh buat. Saya teringat pengalaman saya sendiri. Semasa dalam perjalanan ke Osaka saya bawa lego. Anak saya memang enjoy main lego dalam flight tapi waktu perjalanan balik entah macam mana saya terlupa nak masuk dalam hand luggage. Kesian anak saya kebosanan tak tau nak buat apa. Last-last dia tido je, tapi tu pun dah bangun tak tahu nak buat apa jugak. Saya tengok ada dua orang budak sebaya anak saya dalam flight yang sama bawa mainan. Nampak happy je budak-budak tu ada aktiviti sendiri dalam flight.

4. Sediakan sesuatu untuk anak kunyah atau kemam bila pesawat dalam tempoh nak landing sebab waktu ni biasanya akan sakit telinga. 

5. Jangan lupa bawa baju sejuk atau sweater anak sebab dalam flight aircondnya pun dah cukup sejuk.

6. Waktu masuk dan keluar dari flight biar jadi orang yang hujung-hujung, Iyalah faham-fahamlah kan kalau kita jalan dengan budak ni, pergerakan jadi sedikit lambat. Orang lain selesa, kita pun tak rasa bersalah dengan orang lain.

Wallahuálam

No comments:

Post a Comment