Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 22 December 2017

Pengalaman kembara Kansai Jepun musim luruh hari ke 5, 6 dan 7

Hari ke 5, 6 dan 7 adalah hari-hari kami keluar dari Osaka

dan pergi ke kawasan-kawasan lain yang ada di Kansai

iaitu Nara, Gion Kyoto, Himeji dan Kobe.


Hari ke 5: Nara

Kami ke Nara yang bersempadan dengan Kyoto.
Kami ke sana menggunakan Kansai Thru Pass.


Kali ni keluar awal sikit sebab takut nanti tak sempat lama-lama kat sana,
maghrib kan masuk pukul 4 petang.


Ikut sejarahnya,
Nara merupakan bandar pertama yang dibina di Jepun
dan pernah menjadi ibu negara bagi Jepun pada satu masa dahulu.


Nama Nara sebelum ini adalah Heijo.


Sebab tu di Nara kita akan jumpa banyak temple
dan shrine serta bangunan-bangunan lama.


Ada satu temple Buddha paling tua di Jepun, terletak di Nara
iaitu Horyuji Temple dan diiktiraf oleh UNESCO
sebagai UNESCO World Heritage Site.


Tapi dalam pada tu Nara tetap mengikut arus kemodenan.

Bandar dia macam Osaka jugak tapi nak nampak sibuk macam Osaka.

Ada beberapa tempat menarik yang kita boleh pergi di Nara,
tapi destinasi kami, ke Nara Deer Park.

Sepanjang perjalanan, pemandangan sangat cantik.
Banyak pokok dan berubah warna.

Nampak bukit bukau berbalam-balam warna merah kuning.

Kalau di Osaka tak jelas lagi warna warni musim luruhnya.

Sebenarnya ada cerita kelakar.

Semasa kami ke Nara, kami tersilap naik train.

Mujurlah di pertengahan perjalanan tu
kami dapat tukar train lain untuk ke Nara.

Patutlah rasa macam lama.

Perjalanannya taklah jauh dan lama pun,
ambil masa 35 minit je lebih kurang.

Tapi disebabkan kami tersilap, perjalanan jadi satu jam. 
Tapi ok je sebab dapat tengok pemandangan kampung-kampung, 
kawasan perumahan penduduk.


Saya ada buat entry khas tentang kunjungan kami ke Nara Deer Park. 


Hari ke 6: Himeji dan Kobe

Hari ke 6 saya tak ikut kerana anak saya tak berapa sihat.
Himeji dan Kobe ni agak jauh dari Osaka.

Mula-mula pergi Himeji dulu.

Keluar awal pagi sebab perjalanan sangat jauh, ambik masa 3 jam lebih juga.

Di Himeji ahli keluarga saya ke Himeji Castle,
istana bersejarah yang telah wujud beratus-ratus tahun lamanya

dan berdiri megah dalam keadaan dan rupabentuk yang asal,
kerana ia tak pernah rosak atau musnah sejak dari dulu lagi.

Di Himeji kelihatan banyak pokok gingko yang berdaun kekuningan.
Sangat cantik, indah tersusun. 


kembara kansai jepun musim luruh


kembara kansai jepun musim luruh






Tentang Himeji Castle, saya ada buat entry khas tentangnya di link ini  http://www.n-sabrinaa.com/2017/12/keindahan-istana-himeji-castle.html


Kobe 

Kami ke Kobe selepas Himeji.

Tujuan ke Kobe sebab nak pergi masjid Kobe.

Tapi sampai Kobe, hari dah gelap.

Jadi tak banyak sangat aktiviti yang dapat dibuat.

Sempat makan malam di sebuah kedai India yang menghidangkan makanan halal.

Hidangan yang disediakan ayam tandoori dan nasi putih.

Harga satu plate, 1000 yen.

Oleh kerana trip ke Himeji dan Kobe ni saya tak pergi,

memang tak dapat cerita banyak tentangnya,

Mungkin mak saya yang kena tulis tentang trip ni, ahah.

Hari ke 7: Gion Kyoto






Kyoto sebenarnya sangat banyak tempat menarik yang boleh diexplore. 

Tapi disebabkan kesuntukan masa, kami memilih untuk ke Gion. 

Asalnya nak pergi tengok Sagano Romantic Train juga, 
tapi tak cukup masa pulak. 

Gion terkenal sebagai  daerah geisha. 

Saya berpeluang tengok Geiko (geisha) dengan  mata saya sendiri. Geisha ni ada dua tau. 

Geiko dan Maiko. 

Maiko tu geisha yang sedang dalam tempoh latihan (apprentice).   

Geiko pula ialah geisha yang sebenar, geisha senior, 
yang orang cakap dah pakar, dah mahir, dah dapat cukup latihan 
dan berbakat dalam macam-macam aktiviti kesenian. 

Mereka pandai bermain alat muzik, pandai menari tarian tradisional, 
mahir melayan tetamu dan menyanyi. 

Kalau dulu geisha dikaitkan dengan pelacuran, 
tapi tu zaman dulu-dulu. 

Sekarang tidak lagi kerana ia telah dijadikan satu kerjaya profesional di sana.  

Macam mana saya tau yang saya nampak tu Geiko? 

Sebab penampilan dan cara pakaian dia tu. 
Nak tau beza antara Maiko dan Geiko, korang boleh google. Hehe

Saya ada buat entry khas tentang Gion di link ini http://www.n-sabrinaa.com/2017/11/pemandangan-musim-luruh-gion-kyoto.html

Wallahua'lam



====================

Anda merancang untuk bercuti di Osaka?

Saya ada cadangan cara yang boleh bantu anda travel sendiri ke Osaka dengan lebih mudah dan jimat.

Ia merupakan kad panduan yang berkonsepkan seperti bussiness cards yang mempunyai informasi tempat-tempat menarik di Osaka berserta maklumat lain seperti cara menaiki train ke destinasi tarikan pelancong, alamat dan nombor telefon lokasi yang boleh dimasukkan dalam GPS.





Contoh kalau anda nak ke Shinsaibashi dengan menaiki train (rujuk gambarajah di bawah), di dalam kad ada tertulis  Midosuji Line, train M19  yang anda perlu naik dan berhenti di Shinsaibashi Station.

Di dalam kad juga ada maklumat seperti alamat Shinsaibashi berserta nombor telefon. Ini memudahkan anda sekiranya nak pergi ke Shinsaibashi dengan menaiki teksi, hanya tunjukkan saja maklumat tersebut kepada pemandu teksi.

Maklumat tersebut juga dapat membantu anda sekiranya ingin bertanya kepada orang tempatan

Contoh lain (rujuk gambarajah di bawah), katakan anda nak ke Tennoji Park dengan menaiki train.

Ada dua pilihan, sama ada menggunakan Midosuji Line atau Tannimachi Line. 

Di dalam kad panduan Naracards Osaka ini ada tertulis Midosuji Line untuk ke Tennoji Station ialah simbol M23, kalau naik Tannimachi Line simbol untuk Tennoji Station ialah T27.




Bagi saya dengan Naracards, kerja jadi mudah sangat. Sebab tak perlu nak buat research banyak-banyak sampai pening kepala... nak naik train apa, berhenti kat mana... semua maklumat penting dah disediakan. Nak susun itinerary pun dah jadi mudah.


Jika berminat, boleh klik link di bawah untuk maklumat lanjut


Klik link di bawah untuk maklumat lanjut



No comments:

Post a Comment