Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Saturday 25 November 2017

Pemandangan indah dan sejuk mata memandang di Nara, Jepun

Pemandangan indah dan sejuk mata memandang di Nara, Jepun

Hari ke tiga, kami ke Nara, Jepun.
Kami naik train menggunakan Kansai Thru Pass.

Kansai Thru Pass boleh digunakan sekiranya kita dari Osaka
dan nak bergerak ke daerah-daerah di luar Osaka
seperti Kobe, Himeji, Nara, Wakayama dan Kyoto. 


Perjalanan lebih kurang 40 minit.

Melalui kawasan perumahan dan kampung-kampung.

Sesampai saja di Kitentu Nara Station  jam 1 petang.

Angin sejuk menyapa.
Sudah kelihatan warna warna musim luruh.

Pokok-pokok sudah mula bertukar warna dari hijau ke kuning merah.

Waaa syahdu je tengok.









pemandangan indah di Nara Jepun














pemandangan indah musim luruh di Nara Jepun




Di Nara ada Deer Park yang menjadi tarikan utama pelancong datang ke sini.

Mengikut kepercayaan penduduk tempatan Nara, rusa-rusa ini suci.

Pengunjung dilarang menganiaya rusa-rusa ini.

Jadi sebagai orang luar, tak perlu kita gertak atau takut-takutkan rusa tu.

Kalau nak bagi makan, sila bagi makan biskut khas yang ada dijual di kaki lima.

Hanya biskut tersebut sahaja.

Bukan apa, karang kita bagi makan macam-macam,
kalau rusa tu sakit perut, siapa yang akan bertanggungjawab?

 Haaa.










Kami jalan ke bahagian dalam sikit,
nampaklah temple dia yang bentuk seperti pagoda tu.

Tengah duduk-duduk tengok gelagat orang
tiba-tiba datang sekumpulan student Jepun interview kami.

Mereka tanya beberapa soalan dalam Bahasa Inggeris.

Sebagai cenderahati sebab menjawab soalan-soalan diorang,
kami dapat origami yang cantik.






Bila hari hampir gelap,
sebelum habis waktu asar (kami solat jamak taqdim)
kami tercari-cari tempat untuk solat.

Tanya di kaunter pusat khidmat pelancong,
mereka cakap boleh solat di visitor center.

Kena jalan dalam beberapa ratus meter lagi.


Cantik betul pemandangan di sini.
Nampak tenang, nyaman dan damai.

Kelihatan juga kawasan perumahan.





=============================






Dapatkan buku Road To Japan oleh Jack S Adli di sini >>>Road To Japan Jack S Adli<<<








Klik link ini untuk maklumat lanjut



No comments:

Post a Comment