Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 17 November 2016

Kenangan didenda cikgu semasa zaman sekolah

Kecoh sekarang ni  bila ada mak bapak yang tak suka anak-anak mereka didenda, kena denda duduk atas jalan tar,  tak suka anak kena padam papan hitam dan macam-macam lagi rungutan oleh ibu bapa. 

Teringat semasa zaman saya sekolah dulu. Macam-macam bentuk hukuman dan denda dikenakan cikgu kalau kami melakukan kesalahan. Nak tergelak pun ada bila ingat balik.

Saya masih ingat, semasa darjah 1. Bila kami melakukan sesuatu yang cikgu tak suka, contohnya salah memberikan jawapan semasa sesi pembelajaran, cikgu akan sapu muka kami dengan pemadam papan hitam yang penuh dengan kapur. Sebiji macam tepung gomak atau pelakon opera.







Semasa di sekolah menengah pula. Saya masih ingat seorang guru yang saya kasihi. Beliau mengajar Bahasa Arab. Saya pulak tak suka subjek Bahasa Arab. Bila ujian dan exam selalu sahaja fail. Kebetulan guru saya ni seorang yang garang. Sesiapa yang selalu fail dan tak boleh jawab soalan dia, akan kena denda dan kena marah. Maka saya selalulah kena denda dan kena marah. Antara hukuman yang saya dapat, berdiri dalam kelas. Bila tak boleh jawab lagi berdiri atas kerusi. Kalau budak lelaki, masih tak boleh jawab lagi, kena berdiri atas meja pulak. Hahaha, memang kelakar wei. Bukan tu saja, guru saya tu juga suka mencubit. Oleh itu kerana taknak kena cubit, taknak kena denda, saya tiada pilihan lain. Saya kena juga mahirkan diri dalam Bahasa Arab.

Jadi sepanjang guru saya berpantang selama 3 bulan, saya pulun study subjek I'rab B. Arab. Pulun gila-gila dan akhirnya saya faham subjek ni.

Bayangkan dari saya selalu fail, akhirnya saya lulus dengan baik iaitu mendapat gred B3 dalam SPM. Saya masih ingat bila saya dapat keputusan SPM,  guru saya yang garang dan suka mencubit dan mendenda tu datang pada saya dengan senyuman lebar dan ucapan tahniah. 

Subhnallah, terpancar keikhlasan di wajah seorang guru yang saya kasihi. 

Terima kasih pada semua guru-guru saya yang menjadikan saya manusia yang berguna pada hari ini



No comments:

Post a Comment