Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Thursday 24 November 2016

Perasaan bila dapat jana pendapatan dengan blog

Perasaan bila dapat jana pendapatan dengan blog? Alhamdulillah, suka sangat. Jujur saya katakan, walaupun tak banyak, tapi puas hati dan seronok. Kadang-kadang masuk seringgit, kadang-kadang masuk dua ringgit. Ada masa banyak juga, dalam RM19 macamtu dalam satu transaction.  Setakat ni saya menjana pendapatan dan blog melalui affiliate yang saya sertai antaranya Bookcafe, Tudung Si Comel dan SweetMuslimah dan beberapa lagi program affiliate yang lain. Kalau mula-mula dulu, lansung tiada komisen yang masuk, haha.

Maaf bukan niat nak riak tau. Tujuan saya berkongsi ini adalah untuk sama-sama naikkan semangat para pembaca  dan diri sendiri yang sedang berusaha. Siapalah saya ni kalau nak dibandingkan dengan blogger lain yang hebat-hebat belaka. Yang trafik blog dan unique visitor mereka mencecah ribuan sehari.Yang penulisan mereka menjadi bacaan ribuan orang sehari. Mereka yang sentiasa dilimpahi idea-idea untuk menulis.




Apapun, syukur ke hadrat Allah kerana mengurniakan rezeki ini. Tetapi saya mesti usaha dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh untuk menaikkan trafik blog agar peroleh pendapatan lebih banyak pada masa akan datang.  Di samping tujuan saya menulis di dalam blog adalah untuk berkongsi informasi kepada orang awam.  Entah kenapa, tiba-tiba minat menulis semakin bercambah dalam diri.

Selain affiliate, anda boleh jana pendapatan dengan cara menulis artikel, ebook dan buku fizikal.  Mulakan menulis di blog. Ada banyak sangat panduan yang dikongsikan oleh pakar-pakar penulisan secara percuma atau berbayar, antaranya panduan penulisan oleh Tuan Aqif Azizan, Panduan Menjadi Penulis Bebas. Sangat sesuai buat mereka yang sangat meminati bidang penulisan. 

Bagi saya, nak jana pendapatan dengan blog mudah tapi ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan hasilnya.
Pengorbanan titik peluh
Pengorbanan masa
Pengorbanan air mata
Tapi bak kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Saya pun sama, dalam peringkat meniarap lagi weh. Bukan merangkak pun.  Masih banyak yang perlu diusahakan. Masih banyak yang perlu ditingkatkan.

Awak silalah berusaha dan jangan putus asa!! (kata saya pada diri sendiri).

No comments:

Post a Comment