Suka tengok lanskap di Crescent Park Townvilla

by - 13:58:00

Petang semalam aku bawa anak aku main di playground di Crescent Park Townvilla. Masa aku masuk tu sunyi je kawasan tu sebab Crescent Park ni kawasan yang baru dibina. Tak silap aku awal tahun 2018 ni baru ada orang masuk dan duduk di sana. Kawasan tu sunyi tapi tenang. Aku suka tengok lanskap dan konsep Crescent Park. Ia taklah besar tapi nampak ekslusif dan terjaga. Ada guard yang menjaga di pintu keluar masukCrescent Park. 

playground

playground


Untuk pengetahuan Crescent Park merupakan kawasan perumahan berkonsepkan Townhouse. Konsep townhouse, ada dua rumah yang dibina di atas  satu kawasan tanah yang sama.  Nampak macam satu rumah dua tingkat yang biasa je kan. Sebenarnya ada dua rumah. Tapi rumah-rumah ni ada ruang privacy masing-masing, contohnya parking dan pintu masuk rumah berasingan. Cuma siapa duduk atas, siapa duduk bawah. Itu saja bezanya.

Sampai-sampai je di playground, terus anak aku ajak aku main. Aku tercari-cari mana mana gelongsor dia? Buaian dan jongkang jongkit ada. Gelongsor ada. 

Laa, itu rupanya gelongsor dia. Unik.


gelongsor


puasla budak-budak berlari-lari kat sini


gate keluar dan masuk dan pondok pengawal

Lepas anak aku main puas-puas, aku ajak balik rumah. Sebelum tu pusing-pusing dulu sekitar Crescent Park. Masih banyak rumah yang belum diduduki. 

Pada pendapat aku memang syok kalau ada kediaman di sini sebab environment dia tenang, kemas, tersusun dan terjaga rapi. Lanskap dia pun menarik. Terasa macam ada rumah di dalam taman. Setahu aku pemaju memang buat Crescent Park berkonsepkan kediaman dalam taman.



bahagian belakang rumah


Aku boleh ulas pasal lanskapnya yang menarik tapi untuk ulas adakah rumah jenis Townhouse ni bagus untuk dimiliki sebagai hartanah, aku memang tak pandai ulas, ahaha. Korang tanyalah  orang yang ahli dalam bidang hartanah ye.Tapi kalau diberi peluang dan rezeki untuk duduk di sini, aku rasa aku takkan menolak kot.


You May Also Like

0 Komen