Tentang travel dan tempat-tempat menarik

Jom shopping

Friday 2 February 2018

5 hotel dan penginapan yang terletak di sekitar Bandar Baru Bangi

Bandar Baru Bangi bukanlah tempat pelancongan tetapi ia kawasan yang selalu menjadi tumpuan orang ramai untuk datang ke sini dengan pelbagai tujuan. Ada yang datang untuk menghantar dan melawat anak di universiti dan kolej yang ada di sekitar Bangi, ada yang datang untuk membeli belah. Ada juga yang sekadar singgah sebelum bergerak ke destinasi lain. Oleh kerana itu, Bandar Baru Bangi mempunyai beberapa buah hotel dari hotel bertaraf mewah hinggalah hotel bajet. Beberapa hotel yang saya boleh senaraikan di sini:


Gambar-gambar di bawah saya ambil dari laman web Agoda.


1. Hotel Bangi Putrajaya





Hotel bertaraf 5 bintang ini sebelum ini dikenali dengan nama Hotel Equatorial. Terletak berdekatan Bangi Golf Resort dan tidak jauh dari Taman Tasik Cempaka. Selalu menjadi lokasi untuk agensi kerajaan dan swasta mengadakan kursus dan seminar

Selain itu, hotel ini meyediakan hidangan buffet pada setiap bulan Ramadhan.



2. Hotel Puri Pujangga UKM Bangi








Hotel bertaraf 3 bintang ini terletak dalam kawasan UKM Bangi. Boleh memuatkan sehingga 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Ia pilihan bagus untuk ibu bapa yang ingin datang melawat anak-anak di UKM. Menginap saja di sini dan rasai pengalaman bermalam di dalam universiti.


3. Hotel Avenue Garden Bangi





Hotel bertaraf 3 bintang ini terletak berhampiran Bandar Sri Putra dan Bangi Lama, berhadapan dengan Bangi Wonderland Theme Park dan bersebelahan pasaraya CS.  Mereka yang bercadang untuk ke Bangi Wonderland tidak perlu risau lagi tentang penginapan kerana lokasi hotel ini yang sangat hampir dengan taman rekreasi air tersebut.



4. RHR Hotel at Uniten






Satu lagi hotel yang berada dalam kawasan universiti, iaitu RHR Hotel. Terletak dalam kawasan akademik Universiti Tenaga Nasional. Hotel bertaraf 3 bintang ini menyajikan pemandangan tasik universiti  yang indah. Ia juga bersebelahan dengan Masjid Uniten. Satu bilik boleh memuatkan sehingga 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak.



5. Hotel Amani, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi





Hotel Amani terletak betul-betul dalam kawasan Bandar Baru Bangi. Bagi sesiapa yang berhajat untuk membeli belah di Bangi Sentral dan mencari hotel bajet, inilah hotel yang sesuai. Lokasinya tidak jauh dari Bangi Sentral. Lokasinya sangat strategik kerana sangat hampir kemudahan-kemudahan lain seperti bank, masjid dan restoran. 

No comments:

Post a Comment