Tips persediaan sebelum travel ke Osaka Jepun musim luruh

by - 18:30:00

Tips persediaan sebelum travel ke Osaka Jepun musim luruh. Ini merupakan persediaan saya sendiri. Pertama sekali, saya betul-betul buat persediaan selepas sah beli tiket. Selagi tak beli tiket dan hanya merancang-rancang atas angin, semangat untuk buat persediaan tu memang tiada. Sebabtu orang cakap, once dah beli tiket, semangat nak travel tu memang menjadi-jadi, hahaha. 







1. Persediaan pakaian

Saya beli pakaian untuk musim luruh di outlet Jalan-Jalan Japan di 1Shamelin Mall, Cheras. Saya ada buat entry khas tentang kedai bundle yang jual baju musim sejuk di entry ini Kedai Bundle Baju Musim Sejuk.

 Satu lagi entry tentang persediaan pakaian musim luruh di link ini Persediaan Pakaian Musim Luruh.

2. Semak passport

Saya semak passport sama ada masih valid untuk terbang atau tidak. Perlu diingatkan bahawa passport kita sah 6 bulan sebelum terbang. Gambar anak saya juga saya renew sebab last kami fly ke luar negara ialah pada tahun 2015. Masa tu muka anak saya memang lain sangat dengan muka yang sekarang ni. Sangat mudah cara renew gambar di passport. Hanya perlu bawa gambar terkini berukuran passport, surat beranak atau mykid anak dan isi borang yang berkaitan di kaunter imigresen. Yuran untuk renew, percuma sahaja.

Saya ada buat entry khas tentang renew gambar anak di passport di link ini Perlu ke Renew Gambar Anak di Passport?

3. Beli pass di HIS Malaysia

Kami beli pass seperti Osaka Amazing Pass dan Kansai Thru Pass di pejabat HIS di Kuala Lumpur. Harga jika kita beli di Malaysia jauh lebih murah berbanding di Jepun. Dan, ada sesetengah tiket masuk hanya menerima tiket dibeli di Malaysia. Jadi anda perlu buat research betul-betul sebelum bertolak ke Jepun. Nak beli pass apa, nak naik train apa semuanya perlukan research yang mendalam. Persediaan ini sekiranya anda ingin ke Jepun tanpa agen. Sekiranya anda ke Jepun dengan agen, semuanya akan diuruskan oleh mereka. 

Ataupun  kalau ada Matta Fair, jangan lepaskan peluang ke sana kerana banyak agensi yang menawarkan pembelian pass dengan harga diskaun ataupun kalau anda bertuah boleh dapat tiket penerbangan yang sangat murah. 

4. Ubat-ubatan dan vaksinasi

Saya bawa ubat antihistamine, paracetamol, Ammeltz Yoko-Yoko, Vitamin B Complex, Krim Herba Tropika untuk anak, dan ubat batuk. Pada musim sejuk, serangan influenza selalu berlaku. Keluarga saya sendiri terkena serangan influenza. Berjangkit-jangkit sampai beberapa hari tak boleh ke mana-mana. Dan anda juga boleh mendapatkan suntikan vaksin untuk Influenza di mana-mana klinik sebelum bertolak ke Jepun.

5.  Beli insurans kembara

Beli travel insurans atau takaful kembara sebagai perlindungan anda semasa travel nanti. Walau bajet macam mana pun travel anda, jangan ketepikan kepentingan membeli travel insurance. Kita boleh ambil iktibar dari kes-kes rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan semasa mereka travel ke luar negara dan memerlukan perbelanjaan rawatan yang sangat tinggi di sana. Travel insurance juga dapat membantu kita sekiranya kita ditimpa masalah seperti kerosakan bagasi atas kecuaian manusia lain, kehilangan bagasi kerana kecurian, atau penerbangan yang terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir kerana bencana alam atau kerana hal peribadi seperti kematian ahli keluarga. 

Saya ada buat entry khas tentang kepentingan travel insurance di link ini Penting Ke Beli Travel Insurance?

Itulah sedikit sebanyak tips yang saya boleh kongsikan. Insha ALLAH kalau ada lagi maklumat lain saya akan kongsikan lagi.

You May Also Like

0 Komen